Kadang-kadang ada yang aku tokok tambahkan demi mencipta kelaianan abadi. Choi~
Aha. Sejak dua menjak ni aku kira aku bagai ingin menyerap roh dan semangat Piah. Siapakah dia? Safiah tak silap aku nama lengkapnya. Nama penuh dengan binti jangan ditanya, ''Tak tahuuu la koi.'' :)
Piah kan, masa dulu-dulu dekat sekolah, aku tabik spring habis! Dia pandai buat novel, cerpen atau segala macam cerita yang perlukan watak-watak utama, sampingan, watak bulat dan segala senis ragamlah. Aku ingat, kalau masa kelas Bahasa Inggeris dia sapu, Bahasa Melayu? Haihh, lagi la dia kaut. Kaut the best essay babe! Cemburu? Haruslah! Hehe. Sememangnya aku belum cukup mahir, menulis gaya dia. Pernah sekali, aku baca karyanya yang disumbangkan dalam majalah sekolah.
Apa-apa pun, kerana aku inginkan semangat menulis itu datang kembali. Susunan ayat itu lagi kemas dan pautan fakta yang memahati setiap bait-bait kata, jadi ada satu dua cerita sebelumnya aku mula coretkan berdasarkan pengalaman aku atau ada sesetengahnya sengaja aku tulis. Entah. Gatal-gatal sajooo tangan ni nak menulis. Senyum!
Eh, lupa pula. Ke hadapan Teacher Piah, Selamat Hari Guru! Aku masih simpan karya kamu, dan maaf, kau pernah minta padaku untuk tuliskan puisi khas buat novel kamu.
Masih ada padaku, pasti ku kan taip entry baru yang sepertimana dua tahun lalu, pernah kau minta puisi itu daripada ku. Maaf Piah! Selamat Hari Guru bakal cikgu Piah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan