*Dammmp!
Bahan bacaan ilmiah itu dihentaknya atas meja. Sedikit lagi hendak kena pada bucu meja.
Bersuara dengan lantang, dingin seperti kebiasaannya.
''Eh, engkau orang ni! Aku tahulah apa yang aku buat!''
Banyak mata ynag meliar. Shahirah dan Ruzaidi yang leka dengan telefon bimbit mahal. Kemudiannya apa? Mereka pun siap boleh berhenti. Menoleh dan menjeling. Tajam, tapi sayang sepasang mata yang faham. Yang lain? Ada yang muka masam, ada yang meliau mencari alasan serta ada kembali ke pangkal jalan. Jalan permasalahan sendiri. Kata sekumpulan kecil mereka, ''Apa yang hendak kita sibukkan?''
Kepala diangkat, leher ditegak sedikit. Sedikit sahaja. Si genit ini tahu-dia bukan berbicara dengan sesiapa. Si antagonis kerapkali kepalanya, sang periang purba yang lenggokannya mencemaskan minda dan peluru hebat ucapannya menggarapkan minda, ''Cis, nada ini bicara! Ayuh serang kalian *seperti biasa, sekadar cemuhan pada wajah tapi bukan pada luahan.''
Dan petang itu bukan petang untuk bicara ilmu kerana kuliahnya telah tamat sedari 24 minit tadi yang berlalu. Si genit bercekak pinggang lantas bara berani dia bangun. Azizah ikut turut serta dalam perang kali ini. Baizura? Oh, seperti biasa dia duduk berteluku dibangku telaah. Senyap-senyap matanya dilirikan memberi tanda persetujuan. ''Yakin dan teruskan sahabat,'' mungkin itu omelannya. Getus hati kecil si gadis genit mara berani jiwanya menangkis fahaman salah. Entah segenap penjuru mana lagilah dia cuba mengumpul kekuatan. Sama jua kelaku Azizah. Ikut siap-siap berperang; perang yang tidak dibekal parang.
Si genit berbisik syukur, ''Alhamdulillah, aku tahu Baizura menyokong kami. Sinaran pengharapan pada hujung tabir matanya sungguh meyakinkan jalan dakwahku.''
Perang bermula.
Cemas di dada.