Sekali lagi ini tajuk entri yang kali ini
Nanti!
Bukan ada maksud hendak disamakan dengan judul filem itu ya. Tidak. Maksud entri, sekali lagi hati pinta jejari menari mengantikan bibir; bicara kata mesra, ''Terima-kasih kalian"
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jiwa-jiwa yang melayang,
Melengkapi rasa sayang, kasih dan pengorbanan,
Antara aku, kau dan kalian,
Sayang jika minda sudah lama meminta,
Tapi mulut gagal lunaskan dengan segera.
Ada suatu ketika,
Saat mulut ringan ingin mengatakan kata;
Engkau halang dan berkata;
''Ah, jangan diucap sekarang! Kita bakal bertemu lagi.''
Ada senyuman, ada wajah pengharapan serta ada sedikit kekecewaan.
-----------------Dua rangkap pertama------------------------------------------
Rangkap pertama.
Khas aku tujukan buat keluarga Debat dan Orator UiTM Kuantan. Terima-kasih kalian kerana sudi memperjuangkan rendak perdebatan selama dua musim dan semusim di Shah Alam dan Bilik Kuliah 1,2 & 3 di Kuantan. Pernah ada muka ada yang terherot, ada minda yang kosong dan cakap-cakap yang terpesong tapi itulah salah daku. Maaf kerana tingkah-laku ingin ada seakan memaksa dan terkadang selalu memberikan janji tak tak tahu hujung pangkalnya. Akan tetapi, terima-kasih sekali lagi kerana semester ini aku seronok melihat kalian berdebat, debate dan berjuang kita bersama. Kejayaan demi kejayaan kalian cukup aku banggakan. Terharu *ini tulus
Rangkap kedua.
Terima-kasih aku ucapkan buat Salih. Naib Pengerusi yang sangat bertanggungjawab aku kira. Tidak pernah aku lihat kau bermasam-muka usai menyelesaikan lambakan tugasan kelab bersama. Entah. Cuma aku yang sering gagal mengatakannya, ''Terima-kasih Salih. Terima-kasih atas bantuan engkau. Mungkin tanpa kerajinan dan sikap komited engkau itu, sudah lama aku tinggalkan kelab ini.'' Sewaktu majlis perpisahan kelab lagi ingin aku langsaikan hutang ini, namun lain pula yang keluar sewaktu bicara. ''Oh, ya! Maaf, kerana aku sering merungut ketika membuat kerja.'' *peace*
------------------------------------------------------------------------------------
Dan saat kalian berada diambang duka,
Aku terus dan menerus menekan rentak kita,
Memaksa kita percaya mimpi indah,
Pada waktu tengahari, masih lagi aku bermadah;
''Percaya mimpi indah kita mampu laksanakannya!''
Di balik penghabisan,
Kita berkumpul dan melayari ceritera;
Yang banyak pahit, manisnya, harum dan masam rasanya,
Berlenang dan bergenang dalam sehari dan payah untuk aku nafikan;
Akan sebuah kewujudan kita.
------------------Dua rangkap terakhir----------------------------------------
Rangkap ketiga.
Raza Syazani dan Nurul Husna Sebri. Kalian berdua antara insan yang penting di sisi aku. Terima-kasih seboleh-bolehnya aku tangis. Semahu-mahunya aku menagis tapi cis! Air mata aku ini gagal menumpahkannya. ''Payah dan itu aku kesalkan.'' Terima-kasih kerana sudi menjadi teman seperjuangan di Kuantan. ''Arigato'' Maaf Raza, andai kata-kata aku ada yang seakan menambahkan lagi kekusutan engkau mencari definisi yang sekemas-kemasnya, maaf jika fakta yang ku berikan tidak mencukupi untuk dikau patahkan lawan kita. Seterusnya Husna, terima-kasih kerana sudi meminjamkan telinga, mendengar permasalahan yang tidak sepatutnya aku bebankan bersama. Terima-kasih kerana sudi meminjamkan kudrat bersama-sama sehingga banyak cela yang gagal aku lunaskan dengan sebaik-baiknya.
Penghabisan rangkap.
Terima-kasih buat warga Group C. Meski aku jarang bualkan topik semasa dan sering pula terlena saat-saat kalian rajin mendengar syarahan utama *hihi* Aku? sibuk mengulit mimpi indah di bangku syarahan. Maaf, andai bila gurau kalian, serius aku renungkan. Tajam aku kutikkan. *Almaklumlah, baru bangun tidur, mood sememangnya tak berapa nak betul. Tapi serius, aku seronok menjadi warga ini, kumpulan ini dan berada bersama orang hebat di kelilingku. Buat Aliya terima-kasih cik mek molek sebab sudi berkongsi telinga denganku, memandang tepat wajahku serta bijak menganalisis permasalahanku. ''Nanti takda orang nak dengar cerita Superman Mira lagi dah. Syeeda pun, terima-kasih!''
Buat Aqilah, Eija, Syaza dan Aliya, terima-kasih kerana menjadi teman sebilik yang baik dan sangat sporting! Masih aku bayangkan kini yang kita duduk bersama-sama melewati malam, petang, hening dan terang sambil sekejap-kejap mengusik antara kita. Terima-kasih Eija, teman ulangkaji, teman setia yang mengejut aku waktu dinginnya Subuh. Qila, teman yang sering mengajak aku menikmati hidangan di bawah dan selalu membantu bila mana perut berbunyi di malam hari *segala macam makanan tak lokek dikau kongsikan meski hati ini berat menerimanya. Buat Intan Norazaliya, terima-kasih kerana sudi mendengar rungutan aku *hihi. Waktu aku marahkan kelalaian masaku, aku penat akan tugasanku, kau sudi dengar dan mendengar. Kemudiannya, Syaza terima-kasih sebab sambal ketuk tu *hihi. Sedap sangat dan Syaza tak kesah pun nak kongsi dengan kami. Akhir kata, maaf andai kelakuan Mira ada tak kena pada pandangan kalian.
Terima-kasih!