Aku konotasikan puisi ini saat terasa nadi disiat-siat. Pedih.
----------------------------------------------------
Pabila hati mula menulis,
kucampakkan diri di lembah penghinaan,
kulontarkan butiran peluru membedil hati,
ku biarkan mereka si jahanam bermain mulut,
menari dusta...galak bercerita;
lalu terbiarnya aku, mengapai dan terkapai-kapai,
di sisi sehelai cadar minda pengubat lara.
Tatkala aku mula bercerita,
riuh suara menenggelamkan ia,
pinta penumpuan apa yang akan kukata;
disepak hendak...diterjah tak mahu;
tenggelam sudah dalam lautan kepinaan.
Tatkala kita mula bergembira,
sindiran sinis diterjah jua,
bagaikan tradisi sorak gempita,
membuat aku pemilik hati terasa hina,
bagaikan fitrah kehidupan ini.
Wahai sekeping hati,
Tangislah ia, lukalah ia.
Apa ubat boleh dibeli?
Apa maruah boleh saja digadai dan diganti?
Apa diriku tak punya rasa?
Yang mungkin sekadar mengerti dukacita...
Ya. Aku coretkan warkah ini penuh emosi,
Buat teman teman peneman hari,
Aku titipkannya di lembaran ini,
ku potretkannya pada lembaran hati;
menggunakan dakwat Si Air Mata Sepi.
Pabila sekeping hati mula menulis...
Tangisan aku terbiar lagi,
Ditulis dengan penuh kekesalan.
p/s: Ahli kumpulan terasa kerdil dan dikerdilkan.