Khamis, 17 Mac 2011

Bukan niat.



Aku jalan dan bercerita,
Pada hening pagi riuh mulut berkata-kata;
Maaf.
Bukan niat untuk mengata;
Sekadar ingin aku bercerita.

Jika kau dengar, pasti ku kira
Terbitnya gerhana pancar menginga,
Dari bibit mata dan mulut dan menyala,
Aku pasti dan tanpa syak wasangka;
Tentunya aku jadilah mangsa.

Maaf sekali lagi ku pinta,
Pada-Mu Tuhan Yang Maha Esa,
Luahan cerita ku kira dosa,
Dalam doa ku meminta-minta;
Ampun dan maaf ralat mulut berbicara.

Ya Allah aku telah mengata!