Ahad, 5 Ogos 2012

Habislah dia!

Dia pandang wajah polos itu;
kaku.
Dia sapa wajah yang ramai katakannya ''ayu''. Ya. Baru dia tahu nama gadis itu pun ada bunyi-bunyi ayu. Masmunaryu nama penuhnya.
--------------------------------
''Ayu apa khabar?''

Sepi.
Dia tahu gadis itu tidak akan menyahut. Sengaja dicuba nasib.

''Ayu, kalau marah sangat dengan saya, jangan dipaling muka, tolong...''

Keras dan kaku. Angkuh dia rasa tapi semakin nekad dia pulihkan keadaan.

''Ayu, tiga hari sudah kita tak bercakap. Kata orang, pesan nabi, jangan putuskan silaturrahim, jangan tidak bertegur sapa, janganlah dipaling muka..'' Dia sambung lagi... ''Paling penting saya tak salah dalam hal ni...''
--------------------------------
Arhh!
Canggung tahu, geram aku rasa kau tahu!


15 minit sudah. Degil benar Ayu hendak memaafkan dia.


Apa kau rasa kalau orang yang sedang kau bicara respond pun tak ada? Geramkan! Marahkan! Memang suka engkau buat aku macam cengkerik, cengkerik.


''Nah..''
Suara emas terkeluar juga akhirnya! Tapi mendatar, kosong, polos, ada simpati pada wajahnya. Dia toleh. Intailah juga dia, mana tahu ada mata mata liar yang turut bersembunyi disebalik permainan ini.


Oh oh! Ini memang dayyum!


Dia dah tahu!



Dia sudah tahu!


Apakah?!
----------------------------------

Razali pengsan.

Tak bangun-bangun dengan mulutnya dengan automatik keluar buih-buih putim. Pitam. Ayu dah jumpa! Ayu dah tahu!