Dalam sebuah lontaran pertanyaan; yang engkau ragukan lantas aku tersenyum memberikan kononnya sebuah jawapan.
Suatu pembohongan daripada aku. Ya, acapkali aku keluh-kesahkan pada teman yang memahami namun pasti terguris andai hati kau ketahui.
Penipuan dalam kebenaran, selalu benar mereka khabarkan, ''Bercakap benar memang pahit, tapi itulah realitinya!''
Dalam asakan yang tak berbalas; mencubalah aku berkali-kali membalas tapi sayang tak terluah yang aku malas membalas. Perkhabaran palsu daripada aku, omongan memahami rencah nasihat yang engkau mahu. Kekejaman dalam perkhabaran dan keseksaan batin engkau pinta ubat pelega rindu; aku sekadar boleh membalas, ''Cubalah lagi kawan, jangan ingat sekadar dikutik hati dengan kata-kata rindu akan terbalas sebuah jawapan itu.''
----------------------------------------------------------
Engkau (aku) adalah sebahagian daripada masyarakat.
Menjaga sebuah persahabatan itu memang wajarlah daripada aku. Bukan aku sahaja. Tanyakan pada mana-mana manusia; Bohong! jika rela keseorangan apatah lagi menonong sendirian sedangkan; kita makhluk Tuhan ada lagi pegangan dan berlindung bawah keredhaan dan kerahmatan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan