Penyakit yang bersarang bukan kerana semamangnya sakit tapi sengaja dicari penyakit. Pencarian fasa hidup yang diletuskan ayat-ayat bagus dalam minta dan mulutmeraka menyebabkan-----------ada yang makan dalam. Hati yang dituju, hati yang mereka mulai. Berair di hujung tabir mata.
Jikalau tidak kerana penyakit, maka tiadalah yang berlumba-lumba hendak mencari penawarnya. Namun begitu, terkadang jiwa ini persoalkan balik. Terkena dekat muka daku. Siapakah yang mencari pasal?
Aku. Itu jawapan memang perlu, perlu aku mengaku. Kepala angguk, mata meliar cuba dilarikan ke tab yang lain.
Berada di bawah angin jam 11.53 pagi. Pagi ya. Musim pagi yang cuba dibayangkan ini sebenarnya sekadar ampuan. Ampuan? Mengampu maksud aku. Aku pujukkan diri sedang cuaca masa kini yang sekejap-sekejap lagi ada matahari tegak tinggi menanda masuk waktu bergemar kain. Kain yang cukup sesuai kita jemurkan bawah cahaya kurnian Tuhan. Subhanallah.
Berbalik pada persoalan yang acapkali aku tanyakan pada suri di hati ayah, suri di hati kami; keluarga Encik Ahmad (ayahandaku).
''Emak, kenapa bila marah kita sukarnak padamkan api marah tu? Kadang-kadang...eh! Tak! Kita memang kalau dah marah, nak pandang muka dia pun susah. Bukanlah benci tapi rasa marah. Ntah.''
Aku tanyakan soalan itu berdolak-dalik dari dulu yang sebenarnya ikutkan tahu sahaja apa repond ibu tapi dengan rasa
''Marah itu memang semua akan pernah rasa, tapi kakak cukup sekadar kau amalkan. Kau praktiskan seperti selalu yang emak kata---------Bila marah engkau bacakan sahaja Al-Fatihah buat insan yang kau fikir yang buatkan hatimu terluka. Sedekah dengan doa. Agar diluputkan rasa marah. Al-Fatihah.''
-------------------------------------------
Aku terpana seketika. Bukan kerana ada lintasan depan mata yang mengacau penulisan seketika tapi kerana aku terlupa itulah jalan terbaiknya!