Rabu, 26 Disember 2012

Ikut-ikutan


Matanya sudah dicelakkan. Hitam dan pekat. Sesekali ditonyohnya biji mata. Sakit! sakit jerit batinnya. Celak hitam tidak kena pada tempatnya. 

''Tak reti, tapi kena reti jugak!''

Sekejap sekejap dia membentak. Kemudian direnungnya tampalan gambar ''serupa'' dekat nun dinding bersalut kuning cair warnanya. 

''Hmmm, sama!''

Dia tidak habis lagi. Gegas ke almari pakaian. Baju baju tadinya yang di beli melalui majalah cina tidak berkenan bisik hatinya. Lantas? Dia memilih untuk merabakkan baju yang sedia ada. Gunting. Ada gunting, dibuatnya fesyen pilihan. Ada mancis dinyalakan lilin, dimatikan rerambu benang atau benang benang halus yang bisa merosakkan mood fesyennya.

''Arhhhh, sempurna!''

Kali ini apa lagi yang belum dicubanya? Sedang asyik asyik berkira, inboxnya masuk satu pesanan. Amaran barangkali. Keramat baginya.

''Hey, kau kata dah upload! Mana?! Mana?! Poyo je lebih!''
***
Masuk hari yang kesepuluh.

Kali ini dia mahu lebih ke hadapan. Paling ke hadapan jika boleh. Tren itu penting! Tren itu hakikat keberanian! Dan semalamnya...

Lagu ''The Suffering'' melatari bunyi sepi biliknya. Berhenti dan dimatikan.

''Wei kau! Gempaklah siot! Kau tengok berapa ramai like! Wei, gua cakap lepas ni lu femes! Gua bangga sama lu! Esok lepak sama jom!''

Mata yang berair itu memandang mandang telefon. Berpinar pinar juga hendaknya. Hanyir bau merah cecair berkategori AB itu ditahan tahannya. Tidak terlalu sakit. Man the Hotsetap atau Azman Nawawi nama ic nya, sudah nasihatkan dia untuk tarik nafas dalam dalam, sapu minyak tanah pada pangkal lengan. Ekstream? Huh, tidaklah bagi ''akal warasnya.''

One two three kejuuuuuuuuu!

Gambar ala ala kawaii-nya seperti menjadi.
Edit dan upload.