Jumaat, 4 November 2011

Seketika dulu berayun dan hanyut.

Suka untuk aku katakan, Ya sungguh ingin aku khabarkan aku suka duduk di rumah sahaja namun akan tetapi baru seketika tadi aku sedar-alangkah bahagia jika aku bijak mengolah masa dengan rakan-rakan tercinta.

Ya. Sejak dua menjak-sesaat mulanya cuti semester pertama dalam alam kuliahku-baru aku tahu banyak masa aku laburkan dekat muka buku, memandang luahan baik-baik daripada orang keliling aku. Ada. Memang ada yang kebanyakan aku tumpu buat yang paling suka dan adakalanya lebih 'seronok' menerawang minda memikir permasalahan mereka yang tersebar di alam maya.
---------
Sekejap-sekejap aku rasa menyesal.

''Arh! Apa kejadahnya kalau aku langsung tak berbicara jika berlayar sekadar untuk mengetahui hal manusia?''
--------
Aku tiada jawapan untuk itu.

Akan tetapi, sesaat langsung bahasa khabar menerjah dalam kotak tak bersuara, suka aku sua-sambut dan berbicara dengan kalian.

''Mari keluar sahabat, lama sudah kita tidak bertemu.'' Ada senyuman pada hujung bicara. Tersenyum seketika.

--------
Entah apa yang aku hadap entah sekian sebulan lama? Duduk sendirian dan bual bicara watak-watak aku mainkan. Kadangkala ada juga yang aku putarkan masa tayangan-bermain lagi dengan bilah pedang yang pernah guru Bahasa canangkan, ''Jika kamu tidak memotong masa maka ia akan memotong kamu seperti bilah pedang yang tajam.'' Pujangga Arab yang lantunkan lunak bahasa itu, pesanan buat Sang Manusia yang acapkali sengaja lupa akan mana perginya jongkong emas mereka.

Duduk, berjalan dan kita berbicara.

Kenapalah aku sedar akan itu? Ya. Lebih indah dan banyak faedah aku kira. Melayan ragam manusia dan kemudian memerhati bait isi cerita lalu diselang-selikan dengan Input yang belum pernah aku jumpa. Ringkas sahaja cerita mereka.

Si A, ''Jika engkau ingin tahu di sini ada ini, itu dan semacam begini.'' Si B sambung bicara, ''Jika ke sana masyarakatnya lebih gemar mengunakan istilah yang sememangnya berbeza. C menambahkan kerancakan bicara, ''Aku pula...sekian..sekian..sekian''

Cukup aku sedar betapa sekian hilang dan sengaja aku santaikan masa lapangku buat sebulan lama ini biarlah terakhir daripada aku. Keluar dan berbual bicara dengan rakan-rakan adangkalanya lebih baik daripada yang aku selalu elakkan, bisikkan dahulu- ''Keluar? Erm..sibuk rasanya hari ini. sibuk? aha. pandai aku berbohong ketika itu.

Rakan-rakan lama yang mengimbau masa lama; buat aku terbangun dengan sendirinya.
-------

''Banyak yang berubah-namun persahabatan inilah yang aku syukur kerana tidak berubah.'' Masih terjalin meskipun terpisah dengan geografi sepelosok tanah Malaysia dan dunia yang kita tebarkan. Senyum. Aku letakkan tanda senyum pada akhir bicara.