Khamis, 19 April 2012

Menulis dengan Gembira

Menulis dengan gembira?

Ya. Haruslah gembira!

Pada saat gambar sahaja yang menjadi bahan bukti, manisnya memori itu cuba kita ikat, simpul, pintal dan terus dilekat-lekatkan dalam kotak memori.

Layar hitam putih memanggil; wajah-wajah kelmarin dan sehari semalam sebelumnya, memanggil...

''Di sini-di sini!''

''Telah saya buktikan di sini...sekian..sekian'' dengan gaya tangan terangkat di atas. hihi

''Setuju atau tidak, jikalau kahwin muda memang...'' hujung bicara dia, aku senyumkan lagi.

''Respon?''

''Tuan Yg Di Pertua..nampaknya pihak pembangkang pembuka cuba menukar usul...kalau macam tu lebih baik kita tak payah bincangkan usul hari ini! Kita tukar sahaja usul yang lain..''

''Inilah masalahnya warga dewan sekalian, pihak kerajaan nampaknya tidak memahami perkaitan antara..''

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Aha. Itu antara diolog kalian yang sempat memori aku rakamkan. Syukur. Antara banyak perkara tentang kalian, gaya itu yang senang ku panggil-panggil untuk tertawakan nostalgik itu bersama; bersama air mata.

''Kalau ada antara kalian yang tidak memahami keluarga debat debate, jangan salahkan sesiapa. Tanyakan pada diri anda, sebanyak mana peluang bersama keluarga ini telah engkau siakan? Jangan salahkan sesiapa. Tanya pada empunya diri, empunya badan dan akal pemikiran.''

Dan antara perasaan sayang akan keluarga itu selain daripada keluarga kita yang semestinya tak terpadam pertalian DNA nya; rasa sayang akan perkongsian lelah, masa, idea, tunjuk-ajar dalam memantapkan gaya serta banyak lagi lawak jenaka, kalianlah penyembuh antara luka-luka yang bernanah sewaktu di sana. Terima-kasih! :')

Dalam gambar. Nash, Fiqree, Salih, Khai dan tak lupa Rahimi (jua) yang terus berjuang bersama-sama. Korang hebat! :') Terima-kasih kerana sudi membantu, berjuang bersama-sama. Menang/kalah bukan persoalan utama. Semangat juang korang, pencarian hujah kemas kalian, itu aku sanjungkan.


Sebahagian keluarga debat sayang UiTM Kuantan :D Pengalaman itu yang berharga; kerana dapat membantu kita menerima kekurangan diri seadanya dan perbaiki pada masa yang mendatang pula.
Insya-Allah

Suria Aida dan Nadiha Musaddad. Dua sahabat baik yang menemani dan memahami pahit-maung serta kekuatan sewaktu bersidang di Penang. Terima-kasih kalian. Terima-kasih Suria kerana menjadi seorang pendengar yang baik, sahabat yang pemaaf serta D'are terima-kasih kerana beri kata-kata kekuatan dan keyakinan. Pasti akan ku paksa diri mengingati kalian :')

Bersama mentor hebat Haziq, president debat 2011 :D Oh, ya! Thanks jugak Salih si baju hijau paling kiri! Kau team mate yang best! Kimia baru selepas Raza dan Husna. *Kimia Khai dengan Fiqree tak boleh nak cakap apa dah. Serasi bersama! Woot.woot! *Kimia Pakoi, Suria dan Nik antara yang mengharukan. Terharu tengok persahabatan korang. :D


Dan sekian terakhirnya kita berkumpul bersama, terima-kasih juga dekat abg Ijat yang sudi ikut karenah kami semua.hihi. Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang keluarga debat debat. muah. muah. *geli. hehe.

#Mira menangis