Ahad, 1 Januari 2012

Keperluan dalam tindakan

Menjengahlah waktu di pagi hari. Tersapanya aku dengan senggukan mata hati tak henti-henti. Berhenti.

Keletahan apa lagi yang cuba aku bawakan?

Dalam berdolak-dalik, cubaan diri merangkumkan isi hati seawal hari pertama Tahun Hijrah, ''Berubah untuk menjadi anak yang solehah dan ermm..cubaan untuk mengurangkan rasa marah.''

Marah? Ya. Penafian untuk katakan tohmahan hati yang sibuk-sibuk mempertahankan emosi terlerai bila pergaduhan yang dicari. Kesal dan bersarang sekian lama namun emosi gagal memadamkannya lantaran EGO yang dijulang-julang. Hishh. Mengapa sukar untuk berubah? Berbalik pada diri.

Hairan hendak ditujukan buat siapa? Jawab kembali persoalan itu sendiri, ''Hairan sebab amarah itu terlalu diikutkan lantas dilencongkan dengan persoalan-persoalan dan tindakan sekeliling yang tak tertunai.'' Kena batang hidung sendiri, tergaru-garulah jejari yang menggatal padahal tak terasa mana perit gigitan nyamuknya.

Baiklah. Melalui frasa baru yang dijulang-julang iaitu perubahan, (walaupun diikutkan hati, Tahun Baru Masihi hanyalah fasa peralihan hari semalam yang bertarikh 31 Dis ke 1 Jan) molek kiranya jika diubahkan sikap sendiri yang bersarang dalam hati. Amarah itu perlu dikurang. Namun begitu, bukanlah untuk dinafikan, jelmaan-jelmaan perkataan yang terlontar dalam dalam keluarga tercinta, ''Kamu mudah sensitip ya. SENSITIF.'' Jadi? Kiranya aku mudah terasa, kemudian tercepat naik hangin marah maka sebab itulah aku melebalkan diri sendiri pemarah.

Itu konklusi daripada aku walhal orang sekeling jenuh menasihatkan diri daripada terus berlalu dengan permasalahan diri yang minda sengaja aku celarukan.

Maka berbalik pada pesanan ayah, 5 jam yang lalu-sewaktu rajin membawa aku keluar sebentar mencari barang keperluanku, ''Jadilah anak yang solehah, jangan mudah melawan kata ibu dan ayah. Matlamat harus jelas, berkawanlah dengan golongan yang baik. Ingat! Transit di Kuantan itu hanyalah sementara buat menuju alam lebih dewasa. Jaga hati ibu bapa.''

Aku renung bilik kedua itu, ada kamar bersaiz queen. Gelap-gelita; tiada lampu tidur terpasang seperti kebiasaannya,''Ibu, sebenarnya diri inilah yang yang bersalah tapi liat disembunyikan rasa maaf.'' Maaf terbang angin lalu. Semoga esok ku layangkan ego diri, ku sentapkan emosi ini untuk memohon ampun dan maaf.