Isnin, 17 Disember 2012

Banding beza.

Genius IQ Score

Apa yang membezakan antara manusia dengan manusia?

''Kepandaian?''

Salah

''Ha! Cantik paras rupa! Handsome! Gourgeous! Benda ni yang paling common!''

Duniawi sangat tu...haih, salah. Teka lagi.

''Kemewahan, kaya, hidup selesa, kereta.''

Tak. Itu jauh benar dari duniawi. Haih. Ukhrawi mana?''

Aik. Benda benda itukan nikmat asas seseorang manusia. Ha! Pangkat pun membezakan manusia dengan manusia. Tak perlu beri banyak satu contoh pun dah cukup. Seorang Ketua Bilik Darjah dengan Penolong, pergh pangkat dua ni, masa sekolah rendah..gua jamin ramai budak budak kecik rasa eksyen kemain bila pegang jawatan ni. Aku? Tak wey, aku jenis berbalik ke pangkal tanah, humble but hahaha. 

Aku tahu kau tengah monolog tu Man.

Aik. Minah ni jangan telepati aku sangat boleh tak?

Tak. Tak kuasa aku nak telepati hang. Puih. Monolog kasi kuat kuat lagi tak boleh? Aku depan hang ja ni. Mestilah dengar. 

****
Apa yang membezakan antara manusia dengan manusia?

I.L.M.U

Beza ya memang berbeza. Kepandaian banyak penafsiran, pandai atas kertas, pandai meniru sehingga terjemahan kerja dalam peperiksaan besar mahupun ujian kecil, begitu mudah manusia boleh dilebel pandai. Malah, pandai juga ada skalanya, ujian IQ dengan catatan rekod tertinggi menjadi sanjungan dan ukuran betapa geniusnya seorang manusia dalam konteks mereka tersendiri (falsafah, imu kira hisab, biologi dll) sehinggakan tidak menghairankan apabila tahun 1900, Psikologist Perancis, Albert Binet gigih mempamerkan The Bell Curve atau Genius IQ Score yang digunapakai hingga kini. 

Namun, kefahaman, pengamalan dan sikap mengejar ilmu (sentiasa, bukan sementara seperti terima ILMU, telaah ILMU, simpan ILMU).  Ilmu yang diamalkan. Terjemahan pengamalan ilmu yang disulami dengan berkat dan jalan yang mengingati Ilahi, Tuhan yang menjadikan ilmu, dunia yang kelansungan ilmu-Nya yang tak terkira. Subhanallah.


Surah Toha:114 ''Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu.''

Malah, dalam kefahaman nilai ilmu jua, bacalah sasaran Imam Syeikh Jalaluddin as-Sayuti (3 kali wirid selepas setiap solat fardhu)

Maksudnya: ''Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya yang Maha Agung, sebanyak bilangan huruf yang ditulis sepanjang abad, wahai Tuhan sekalian alam.''

Mari semua, kita raikan ilmu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan