Ahad, 27 Januari 2013

Mahu tahu sesuatu?



Dia jalan seorang seorang, aku pandang,
Dia jalan tak lihat sekeliling, aku pandang,
Dia jalan seperti kebiasaannya , aku tetap pandang.

Selongkarlah aku diari tak rasmi dia,
Nampak bait bait aksara yang memendam rasa,
ada puisi, ada kisah harian, ada pandangan umum tentang hal hal semasa.

Dia jalan keseorangan sentiasa,
Nampak aku dia tegur, nampak mereka..
tapi tidak mahu mereka tegur.

Hai, kenapa keseorangan?
Bicaralah sama aku jika (engkau) mahu,
bincanglah apa cerita harianmu;
agar tidak lagi aku melihat...betapa keseorangannyamu.

Ayuh, lain kali bicara sama aku! :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan