Khamis, 7 April 2011

Menjengah

Menjengah dan menjenguk.

Malam masih muda kata minda,
Akal masih ligat berkata-kata;
Aku masih muda!

Ya! Itu jiwa remaja berkata-kata,

Lama lagi lama ku peram,
Makin lama ku pendam,
Jauh jiwa melayang.

Provokasi.

Bukan itu diri aku,
Lain niat benar yang ku khabar;
Lain pula tiba tanggapanmu.

Terima kasih,
Satu titik bernoktah;
Tanda tinta bermadah yang berhenti sudah.

Tiada lagi,
Cheritera daripada Amirah.

Maaf dengan bernoktah.