Itulah Amirah ketika jam 10++ malam tadi, kejap sebentar
Bila merajuk terasa ingin dipujuk (noktah)
*Kenapa aku nak merajuk wei? Macam kanak-kanak tahu tak?
Hanya kerana sepasang sepatu baru,
Lama sebenar usianya:
Tapi tetap baharu pada mata aku.
Mereka yang tidak tahu;
Bahawa sepasang sepatu baru yang sebenarnya ku kira,
dan mereka juga kira;
ITU BUKAN BAHARU,
hanya ingin diperbaharui oleh kamu!
Menangis dan mengalir laju air mataku,
Bukan-bukan!
Bukan aku mahu yang baru!
Aku juga paham sepatu baru bukan layak untukku!
Amirah hanya mahu;
Sepasang sepatu warnanya bukan ungu atau kelabu,
tetapi cokelat pudar cerah lagi sedikit warnanya;
diberi sentuhan baru
dengan sedikit pengikat
addesive.
Nah! Itulah maksudku,
Tapi nadaku berubah tatkala
tutur bait kataku terbang berlamunan,
tidak didengar; kurang diendah!
Merajuk dan menangis aku.
Selamat menangis sepatu itu! :'(