Ahad, 16 Disember 2012

Jauh mencari.

Kemeja lengan panjang, warna hijau lusuh, jeans jenis material. Lengang sahaja jalan sempit; sesempit sedepa bahu dia melebar, kereta gamaknya memang tak muat kalau hendak lalu, alamat motor-motor teksi atau tut-tut gigih melalui jalan itu. Pot pot, pin pin! Bingit akan tetapi tertakpa dilayannya. Berdesing! Akan tetapi adatlah kalau menumpang lalu, singgah di tanah orang.

Dan kelibat pelancong berkulit putih menggamit pemandangannya. Bukan dia berminat dengan warna biru, hijau atau hazel mata mereka. Bukan, bukan. Jauh sekali berminat untuk dijadikan teman teman penghibur; mahupun teman seangkatan yang lain tatkala wang bertimbun dijolikan semata, bukan. Namun, ada satu nama yang dia cari. Ada, ada, ada..tapi ntah! ! Mana dia? Mana?

***
Nina Cardoza.

Itu sahaja? Aik. Memang berkerut lah wajah kalau sepatah dijawab. ''Nanti!'' Jeritan yang sudah dipastikan tidak senyaring gender berlainan dan... ''Nama sahaja? Umur? Pernah menetap di Klapitton?''

Nah...

Sekeping kertas dilayang. Ulang sekali lagi. Dilayangkan ya. Bukan diberi, dihulur dengan cara yang paling hormat. Ahhh! Bukanlah pinta perkara yang bukan bukan pun. Dia tulis begini, ''Nina Cardoza, hey, aku bukan perempuan murahan orang tua! Gila! 

Huh!. Menyesal tanya. Perasan!

***
Selamat pagi encik! Makan? Order?

Aha. Senyuman takat ke tepi pipi, senyum kambing sebaik mungkin. ''Kopi, pekat dan lazat. Kalau boleh gulanya diasing, biar saya letak sendiri.''

Baik! Jika encik inginkan lagi pesanan boleh ditekan loceng kecil dihujung meja.

Berlalu dengan senyuman si anak muda itu. Muda? Mestilah. Aku ini sudah jauh berusia daripada umur dia. Jika dulu, tidak akan aku mengaku, ada juga terselit nada angkuh di dada. Tersemat kemas hinggakan ketika itu. Dan ketika..

***
Jika tuan baik, boleh saya jumpa sebentar?

''Hah! Apa maksud baik? Betulkan dahulu ayatmu anak muda!''

Maaf, maksudnya tetap serupa. Tuan, memang baik peri rupa, baik dari segi jasmaninya, fizikal yang masih kental melawan arus usia. Kacak. Maksud utama saya, ''Jika tuan ada kelapangan, boleh saya jumpa sebentar?''

Senyum senget sebelah. 

''Bagus! Hmmm. Mahu apa engkau? Ini waktu rehatku, apa engkau tidak menghormati masa senggang, orang sibuk seperti aku?!'' Hahaha. Seronok membentak bentak manusia, biar engkau tahu, siapa engkau, siapa aku.

Semalam saya sudah ada letakkan nota kecil, dua hari lepas pun sama. Dua 3 kali ingin bertemu tuan, tanyakan tentang soalan yang sama. Bayaran saya dikenakan dua kali ganda dalam bulan ini, sedangkan pelaku sampah, kotor dan hamis yang ada di depan pintu bukan saya tuan! Itu perilaku jiran atas rumah...Maxim..yang saban malam lalok dan pintu 34-AS-2 yang dihancingkannya.

Huh. Jadi engakulah si perayu tu. Tidak! Aku katakan tidak! Kemudian...

''Masuk, tadi tu saya melawak sahaja. Masuk.'' Aku sudah tidak kuasa mengacah.

***
Kota komunis, bekas tanah jajahan komunis. Kota bekas medan tempur si keparat kapitalis yang mengaku Raja Tempur, Raja witte duiven atau keharmonian agung atau  mungkin keharmonian sejagat dalam bentuk pelambangannya. Huh. Banyak berangan sungguh mereka, dulu hingga kini, berangan lagi. 

Dan sepencarian aku di kota ini bukanlah pada angin yang yang ingin ditukar sedutannya, oksigen yang mendampa ketenagan di balik hujan yang menyimpan seribu satu jerit perit mangsa mangsa kekejam pemerihtah lampaunya..atau inginkan kepingan-kepingan tiket, resit, mancis api, mahupun kepingan wang lama beridentiti negara singgahan ini. Tidak.

Hanya satu nama. Gabrielle. Pemilik rambut cokelat pekat, kerinting halus dan setunggi anak patung bersaiz budak 3 tahun saat pertama kali dia bersua. Menjangkau 22 tahun jika dihitung umur sekarang. Genap nombor itu. Sudah 9 kali sepencariannya di tanah singgahan bak kata si mata mata upah berbayar, hasil pun hmmm

SAYA BENAR BENAR NAMPAK KELIBAT DIA TUAN, SUDAH DISELIDIKI ATAR BELAKANG, RUMAH INAP MANA YANG DIA TUMPANG SEWAKTI KETIDAAN TUAN DI SISINYA LIHAT GAMBAR ITU, SERUPA! RAMBUT YANG SAMA, MATA ITU, PEKAT HITAMNYA! DAN PARUT ''Y'' DI DAHINYA! 

***
Sudahlah, semput engkau ke mari orang tua. Buat apa dikesalkan, dicari sesuatu yang tak pasti? Engkau hanya menambahkan warna putih di kepala. Kusut!

''Diam. Engkau jangan masuk campur urusanku! Pergi hasutan hasutan lemah engkau itu! Engkau pengecut! Aku tidak! Engkau takut aku yang akan berjaya! Hahaha.''

Fuhhhh. Melayang bayangan. Hasutan bertanduk dua. Seketika di kedai kopi yag sama, lokasi hadapan pangsapuri indah di kota sesak. Indah pada khabar, penyambung legasi wang di usia senja.

''Kopi tuan.''

''Terima kasih.'' Hirup dan akan teruskan perjalanan.