Jumaat, 25 Januari 2013

Jawapan mungkin?

Sebenarnya aku pernah disoal;

''Kenapa memilih bicara dalam bahasa yang sukar (tersirat) dan bukan yang paling mudah difahami semua?''

Taip taip atas papan kekunci, 9876676423526789382786168...seperti biasa tetap infiniti.

Sebenarnya.

''Sebab kalau semua hendak bicara seisi dunia, maka mana letaknya sisi malu manusia?''

Bicara tentang malu, tidaklah aku mengatakan menulis perkara yang baik itu aib atau memalukan diri apatah lagi menulis tentang hal hal keilmuan dalam alam penulisan maya. Kiasan. Ya, kiasan sebab sejujurnya aku bukan mahir dalam bab bab untuk menaip dalam bahasa paling mudah. Malah, untuk bercerita, pasti ada pendengar dan aku tidak halang dan tidak kisah jika ada yang bertanya kenapa aku lebih suka bicara dalam gaya penulisan yang  mereka sukar faham atau erti kata lain, banyak benar yang hendak aku diabstrakkan. Inilah cara aku, lebih kepada abstrak sebabnya dengan cara ini, teguran boleh sahaja disampaikan dalam bentuk cerpen atau puisi (maaf kalau ada yang tergelak saat membaca, menjadi atau tidak puisinya; itulah cerita sebenar yang cuba aku bicarakan.)

Keduanya, sebab aku tidak betah untuk menjadi yang lain. Biar yang lain dengan karektor masing masing dan sekian kalinya sebab mana mana catatan sebelum ini ataupun kini lebih bersifat peribadi. Perkongsian sendiri daripada pendamkan rasa dan meraung dalam hati, molek juga aku tuliskannya dengan kod-kod tertentu. 

Terima-kasih.