Sabtu, 8 Oktober 2011

Microphone.

Berikan aku mic pasti aku hendak menyanyi.

#Saya tak reti menyanyilah!

*sis, suara sis sedap kalo tak pakai mic je. pakai mic laen benar bunyinya (ikhlas dan memang benar katanya)

#Majlis makan malam. sesi latihan

*louder please! aku rasa nyanyian kau tak cukup kuat. (haha. menahan perut; mendengar arahan) kami kumpulan kugiran
ketika itu.


#Sesi webcam

*ceit. apa aku merapu daa. lol.

----------------------------------------------------------------------------------------------+


ingat zaman sekolah

ingat cikgu Maisarah;

ingat geng bahas.

Faiz, Ehsan, Mashitah, Aiman adik kecil form 2 yang berjiwa dewasa; pandai mendidik aku, Datin Kamariah, Ilya etc.


Kami semua dapat ke final ketika ini. Senyum untuk kalian (:


Azmur, Faika dan Raihana juga. Debater handalan sekolah ini tak pernah aku tonton live perlawanan mereka. Sayang seribu sayang; tiada rakaman rekod untuk mereka. Aku pernah bersuara untuk turut sama menyaksikan mereka, tapi jadual perlawanan kami acapkali sama waktunya. Sedih. Itulah sewajarnya. Tapi tak mengapa-cukuplah ada gambar buat kita semua; cuma sedikit kabur buat tatapan semua.

Oh, ya! Aku ingat! Kita pernah ber-debate; dalam dorm dekat Temerloh sana, hey! HK Zon Timur ketika itu. Seperti ayam bercakap dengan itik. Aha. Lucu barangakali; kerana kami berusaha mencapai kefahaman sendiri. Azmur kata A, aku jawab C, Rai kata B, Mashi atau Ilya sambut D.

#Terima-kasih pengalaman! Suatu perjalanan yang cukup aku segani; bersama orang-orang hebat di sisi.

Jika tidak dijemput cikgu sekalian, Cikgu Maisarah dan Datin Kamariah, pasti tak adalah aku berani di pentas perbahasan. Jika tidak muncul kelibat adik kecil, yang sanggup melabur masa mengajar si kerdil diri gelaran ketiga, pasti tidaklah aku muncul berapikan diri. Aiman periksa PMR tahun ni. Ingin aku ucapkan kata-kata semangat buat peperiksaan utama tahun ini.



Aku sayang sekolah

dan segala isi ragamnya.


Hanya bernasib-baik; pernah aku sandang pembahas terbaik.

#Pertama : Separuh akhir HK Zon Timur

#Kedua : Sesi latihan debat, Kelab Debat dan Orator


Bila sudah masuk universiti, panjang lagi langkah yang kena aku tempuh.

Kebebasan bersuara? Itulah antara yang aku teruja untuk belajar berbicara.

Artikel-artikel yang termaktub kata-kata bersuara, cukup jelas bercerita cuma terpulang buat pengolah

mengambil alih lagak bicara.


Ambil masa untuk belajar bicara, masih tidak cukup ruang untuk berdabik dada. Andai ada rasa aku bercakap salah, molek kiranya jika aku mengetahuinya. Perlu ada jumpa dengan aku, perlu aku tahu salah bicaraku. Pernah. Aku rasa kalau lantang kita bicara, lagi gerun musuh kita. Salah. Rasa menyampah akan tiba. Post Hoc, Slippery Slope atau Ad Hominem yang terlebih hendak ditonjol, sampai terpamer kedangkalan akal dalam bersuara. Kesal itu pasti. Latihan itu perlu. Beringat itu lagilah aku mahu sebab semua tahu, klise yang benar Don't kill your enemy with words because they gonna kill you back with brains!



Selepas ini, kalau ada butir bicara yang lansung hendak bersuara, kena berfikir seperti peta minda semula.



Cinema kata mereka; Wayang kata saya.



Lama sudah tak jenguk cinema (:

Tengok jugak akhirnya dekat Mid sana dengan kawan Kuantan bersama. ayat tak boleh blah lagi ker?

#Masa dekat Kuantan, rajin koi dok kenakan kawan-kawan sekolah. Oho. Sokmo dok jelouse-kan mereka dengan ECM, Megamall bagai. Waaaa! tp koi pun dok haram ke cinema! Kenapa? Sebab trauma dengan cerita lama. Tak da mood nak tengok semua. haha.

Bulan Mei punya cerita, sampai ke sudah tak reti nak bergembira. Ya. Wayang itu gembira buat yang suka. Aku? Tipulah kalau mengaku tak suka. Gemar? Itulah topiknya. Mood berwayang tengok wayanglah hilang lantaran aku menonton cerita itu entah tajuk pun tak ingat. Yang pasti Maya Karina dan Remiju Ishoq pendukung watak utamanya.

Oh! Koi dah ingat dah! sebab ada Faizah Ilai yang mcm patung Barbie tuh berlakon! psst, Faizah comel la. Cun! tajuk filem tu.
Tidak, tidak! Saya bukan hendak memberi ulasan atau komen yang menyakitkan buat para aktor dan aktress yang terlibat. Sungguh! Bukan juga hendak menghemtam para karyawan di belakang tabir. Cuma...mesti ada cuma, klise.

#Klise itu apa? buka kamus, selak-selak

Bercakap pasal wayang, satu cerita paling aku suka.



Aha. Itulah dia! Jalan cerita baik betul! Pandai twist kepala; pikir siapakah yang jadi dalangnya. Saya salute-lah Syamsul!

Aku memang tak gemar cerita seram atau horror bagai serta sebarang cerita yang kena menjerit-jerit ketakutan dan kelemasan. Aha. Final Destination? Cerita seram Thailand, Korea Selatan bagai? Aha. Tak suka.

Tapi, cerita tu tak jadi masalah. Kalau tak sebab Syamsul yang buat hensome pulak tuh. haha. filem ni dengan semangatnya, mungkin payah aku nak ungkap kata-kata ni, ending dia best giler!

Permulaan, perjalaan dan penceritaan; taklah aku bayang keseluruhannya, tapi kalau klimaks menjadi titik daya penarik bukanlah kosong hati nak hayati. Lihat dan teruja melihat.

#Macam semalam.

Cerita yang sekian lama buat aku nak ke wayang juga. Tiga bintang setengah kata pengkritik, tapi **** bintang lah aku kasi kasi dengan sendiri, pendapat peribadi. Satu * yang kurang sebab aku dan kawan kat sebelah boleh cam lukisan dekat filem tuh. Nampak benar kampung halaman tuh, ilusi catatan air atau minyak barangkali. Air aku rasa. Lukisan air. Tak pernah pulak aku tahu jalan sebenar penceritaannya, tapi lepas ini; terasa rajin la pulak nak mencari bukunya nada excited okay!

Terima kasih cadangkan cerita itu ya! (:

Lepas ni, sungguh ternanti cerita macam tuh.

Erm, filem Tron Legacy not in my list. Sekali lagi, klise. Tetiba. :P


#Kejap!


Apa beza dua kebenda tuh cinema dan wayang?
***
cengkerik
.
.
.
.
.
.
.
.
cengkerik
cengkerik memang berbunyi kat belakang rumah ni. entah mana datang ntah. aha.