#Saya tak reti menyanyilah!
*sis, suara sis sedap kalo tak pakai mic je. pakai mic laen benar bunyinya (ikhlas dan memang benar katanya)
#Majlis makan malam. sesi latihan
*louder please! aku rasa nyanyian kau tak cukup kuat. (haha. menahan perut; mendengar arahan) kami kumpulan kugiran
ketika itu.
#Sesi webcam
*ceit. apa aku merapu daa. lol.
----------------------------------------------------------------------------------------------+
ingat zaman sekolah
ingat cikgu Maisarah;
ingat geng bahas.
Faiz, Ehsan, Mashitah, Aiman adik kecil form 2 yang berjiwa dewasa; pandai mendidik aku, Datin Kamariah, Ilya etc.
Kami semua dapat ke final ketika ini. Senyum untuk kalian (:
Azmur, Faika dan Raihana juga. Debater handalan sekolah ini tak pernah aku tonton live perlawanan mereka. Sayang seribu sayang; tiada rakaman rekod untuk mereka. Aku pernah bersuara untuk turut sama menyaksikan mereka, tapi jadual perlawanan kami acapkali sama waktunya. Sedih. Itulah sewajarnya. Tapi tak mengapa-cukuplah ada gambar buat kita semua; cuma sedikit kabur buat tatapan semua.
Oh, ya! Aku ingat! Kita pernah ber-debate; dalam dorm dekat Temerloh sana, hey! HK Zon Timur ketika itu. Seperti ayam bercakap dengan itik. Aha. Lucu barangakali; kerana kami berusaha mencapai kefahaman sendiri. Azmur kata A, aku jawab C, Rai kata B, Mashi atau Ilya sambut D.
#Terima-kasih pengalaman! Suatu perjalanan yang cukup aku segani; bersama orang-orang hebat di sisi.
Jika tidak dijemput cikgu sekalian, Cikgu Maisarah dan Datin Kamariah, pasti tak adalah aku berani di pentas perbahasan. Jika tidak muncul kelibat adik kecil, yang sanggup melabur masa mengajar si kerdil diri gelaran ketiga, pasti tidaklah aku muncul berapikan diri. Aiman periksa PMR tahun ni. Ingin aku ucapkan kata-kata semangat buat peperiksaan utama tahun ini.
Aku sayang sekolah
dan segala isi ragamnya.
Hanya bernasib-baik; pernah aku sandang pembahas terbaik.
#Pertama : Separuh akhir HK Zon Timur
#Kedua : Sesi latihan debat, Kelab Debat dan Orator
Bila sudah masuk universiti, panjang lagi langkah yang kena aku tempuh.
Kebebasan bersuara? Itulah antara yang aku teruja untuk belajar berbicara.
Artikel-artikel yang termaktub kata-kata bersuara, cukup jelas bercerita cuma terpulang buat pengolah
mengambil alih lagak bicara.
Ambil masa untuk belajar bicara, masih tidak cukup ruang untuk berdabik dada. Andai ada rasa aku bercakap salah, molek kiranya jika aku mengetahuinya. Perlu ada jumpa dengan aku, perlu aku tahu salah bicaraku. Pernah. Aku rasa kalau lantang kita bicara, lagi gerun musuh kita. Salah. Rasa menyampah akan tiba. Post Hoc, Slippery Slope atau Ad Hominem yang terlebih
Selepas ini, kalau ada butir bicara yang lansung hendak bersuara, kena berfikir seperti peta minda semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan