#Eh, tak pernah aku dengarlah! Merepek!
Tak. Aku tak tipu dan pasti aku mengaku itulah bahasa yang emak aku bahasakan sejak dahulu. Peace; tanda keamanan! Kawaii
Hari ini hendak berkongsilah aku. Bahasa yang jarang-jarang kamu hendak ambil tahu, tapi sokmo aku sebut selalu. Bahasakan milik bangsa; kerana bangsalah pemaju laras bait-bait kata resam mereka. Kan? Kan?
Pinjam kata-kata mereka; ''Laen bebonar yang aku dengar nih.'' Wakaka. Aku gelak sekali lagi. Ada! Sungguh! Bahasa Jolobu Jelebu-lah yang aku guna. ''Eh, iye ka?'' Iyalah. Mak aku bilang, ayah aku pun bilang dan aku tukang mengulang. Entahlah; tapi memang aku copy-cat Meoooww ayat tuh daripada manusia disekeliling dekat kampung sana.
#Mak, laparlah...Pengapan ada? Mak : Pemakan tak ada. Buat sendiri.
Apa itu pengapan? Bunyi dah dekat-dekat macam...macam Apa-apa sahaja yang kamu pikir. Aku tak cakap apa-apa eh! Waa. ''Pengapan itu kalau dah di-judu dengan lapar, mestilah ada kaitan dengan makanankan? Kan? Kan? Ha. Betui! Bak sepuluh henggit!'' Wah, tahniahlah! Memang salah. Weee.
Kejap!
''Mana pulak muncul ayat judu nih?'' Aku. Mana wey? "Itulah..tuh..yang bersangkut-paut dengan di-judu tuh!'' Pemakan itu pulak apa wei!
Haha. Google-lah. ''Ceyt.''
#''Kau memang tak senugreh. Hahaha!'' Eh, kenapa? ''Sebab lawak kau laah tuh..kui. Bikin aku gelak je..wahaa!''
Aku pernah ulang ayat siap; dia pernah sambut denagn pertanyaan. Aha. Mood bertukar sedih. Kui. Percayalah, mood aku sedih tatkala jari-jemari manaip entri ini; disulam dengan memori ligat membikin. Arh! Memutar masa lalu dalam buku berbuku-buku Kata Najwa Latif. Kan.
#Amirah cendeke!
Wah! Dia post dekat muka tak bermuku aku ketika itu. Sukalah aku usha masa itu. Senyum sekejap-sekejap. Bukanlah apa kebende yang kau pikir. Itu drama masa aku muda-muda dahulu. Cewah. Eh, berdramalah! Sungguh! Cuma ketika ini aku berdrama untuk memanjangkan bual monolog aku ni.
#Cembeng
Contoh penggunaan ayat : ''Hekeleh...minah ni! Asyik-asyik merajuk! Merajuklah..merajuk! Malas aku nak pujuk!''
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Itulah. Ayat yang antara selalu aku judu dengan bahasa lalu selalu kamu yang hendak tahu. Hendak tahu ke? Entah. Aku teka sebab selalu menanyakannya.
Kamus tak rasmi :
Pengapan : Sarapan tengah hari orang kmpung aku kata. Lagi-lagi apabila kau si anak dara dan teruna bangun lewat; matahari dekat atas kepala sewaktu enak lena tidur malam dekat kampung sana. Dingin. Malam yang membeku seperti ais batu. Alasan. Akulah itu, sewaktu kecil-kecil dahulu. Bangun lewat memang selalu dekat kampung masa yang telah berlalu. Haih. Semacam mahui kutip masa itu, tapi jangan! Subuh tak kanhendak ditinggalkan pulak!
Pemakan : Makanan. Tidak kisahlah situasi itu engkau minta pada si ibu dengan muka manis sentiasa atau meleret-leret benar senyuman
Judu : Judu itu bukanlah sejenis teknik pelindung diri, semacam judo yang ada tayang dekat tv atau bercetak dekat library. Judu itu kata mereka, ''Matching-kan.'' Wah. Rosak bahasa aku. Waha. Alah. Semacam mix and match-lah kamu. Pelengkap bahasa mudahnya. Kalau tiada ulam, tang mana la hendak dipadankan, dilengkapkan belacannya. Bukan ke? Eh! Tidak tepat ya? Pikir analogi laen.
Tak senugreh : Boleh jadi kalau maknanya, tak senonoh atau entah apa-apa entah. Lazimnya aku rujuk makna yang pertama tu, tapi jangan la kau pikir aku melabel fikiran sebegitu. Tidak. Sekadar sambutan @ gelaran buat lawak yang tidak maksud akal bunyinya. Aha.
Kampung dan suasan permai yang sememangnya aku cinta. Sayanglah berserta manusia disekelilingnya. Gambar ditangkap dengan telepon bermegapixal 2. Weheee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan