Ya. Itu memanglah aku akui,
Gelap langit pada malam hari,
Dua tiga pagi menjengah lagi;
Macam selalu berdering mesin kecil alat komunikasi.
Semacam kau tahu aku kira,
Bila ada yang berdua pasti ada yang ketiga;
Itulah yang aku tidak mahu,
Selalu mengelak membalas pesanan lalu.
Apa tidak kau kira?
Tidak pernah terpikirkah kamu?
Sifat diri aku memang kurang gemar membalas pada waktu itu,
Tidur kata hati, pergilah tidur kata diri.
Ya. Seperti biasa aku kata,
Monolog seperti selalu,
''Arh! Aku malas nak beritahu, nanti rajuk yang engkau tahu.''
#Selepas ini, aku ingin menjadi diri sendiri. Bercakap dengan nada sebenar; kurang gemar membalas perkhabaran kecuali tidak menjengah jam macam selalu. Hantar pesanan memang tak terlarang daripada aku, cuma biarlah sesuai dengan waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan