Sabtu, 1 Disember 2012

Ignore : Sebuah Pengabaian Rasa?

''Maaf lewat!''

''Eh, takda apa-apalah! Awal lagi ni, gegas masuk, ayuh!''

Pintu kereta ditutup, semerbak wangian kereta dia hidu. Manisnya, alunan zikir pagi mendasari kereta mini itu. Dia seakan bijak meneka ramalanku, segera tersenyum dan memperlahankan bau-bauan itu. Tersenyum dan ada bicara lembut dari dia, ''Maaf kalau agak kuat baunya...yang pasti bukan saya pemilik haruman itu!''

Eh, aku pula yang menjadi serba-salah! Sudahlah menumpang banyak pulak ragamku.hehe

****

Tiada bicara dalam 20 minit pertama, pagi yang agak cerah warnanya. 

****
12. 15 pagi.

''Salam, ingat saya lagi?''

taptaptaptaptap. lima enam tujuh sembilan dua belas minit berlalu. Urghhhh! balas la wey! sombong!

''Ingat, yang selalu cakap saya sombong tu :p. Ya, nak apa malam malam buta ni?''

''Haha. Eh, macam mana boleh tahu ni? Haha. Takdalah ada hal penting ni, boleh saya telefon? Sekarang?'

''Ada apanya? Penting sepenting apanya? Lewat benar.''

****

Nah! Pagi ini dapat jua ku minta bantuannya. Namun, dek kerana malu membebankan dia, aku sekadar menurut sahaja tempat paling mudah untuk dia jemput. Ya, ambil aku. Lima setengah pagi sudah mula aku gegas ke mari, stesen paling sesak kota raya, namun agak selesa berbanding dekat Yaman sana. Jam 6 setengah dia muncul, jalan sesakdari rumahnya tapi itu tak mengapa asalkan dia sudi membantu aku yang lebih banyak susahnya dia buat sekian lama.

***

''Nah, nanti jangan lupa selak dan semak bila di sana!'' Dia senyum aku tersenyum. Diari biru berbalut plastik bunga ungu. Ish! Geli! Apa ingat aku sudi baca luahan luahan hati?

Kejap. Apa tu Diari Biru, Berbalut Plastik Ungu?

****

''Ni ambil ni, gadis gadis pujaan memberikan luahan rasa untuk kau. Hish! Tak kuasa aku nak melayan, entah kenapa aku pulak yang dijadikan sasaran-menyerahkan segala macam luahan rasa mereka.'' 

Dia mencebik. Luar biasa mimikan mukanya. Menyampah barangkali atau cemburu pun boleh jadi.

Entah macam mana, hadirku hanya sekali dua saat dia bersama-sama temannya sewaktu ulangkaji di universiti mahupun satu dua majlis kendalian pihak universiti, namun pergh bak kata dia! ''Engkau famous sangat tahu tak?'' Menyesal suruh datang.''

****
Sewaktu tahun akhir di universiti, dan sewaktu musim bermalas malas bertukar menjadi rajin, sewaktu rasa bergolak pergi, rasa rindu memangil mangil, aku putuskan untuk menyelak helaian lama dalam kotak hijau muda pemberian dia. Ada wajah kami dan rakan rakan seperjuangan lain. Paling banyak nota nota geli geliman peminat wanita yang menyerahkannya kepada ku melalui dia, Rin. Teman gangsterku, kakak angkatku dan haha teman jodoh ibuku. 

2 tahun beza, 4 tahun terpisah rasa.

Tahun akhir, ya tahun akhir melayar bahtera minda *konon* baru ku tahu. YA! BARU KU TAHU!

helaian akhir muka surat Diari Biru, Berbalut Plastik Ungu!

''Hai, teman gangsterku! teman buliku, teman baikku! Hai, belajar rajin rajin di sana, jangan flirt gadis Arab sebab orang bilang gadis sana pandai mengorat jejaka Melayu terutamanya yang handsome macam awak! Solat jangan tinggal, ingat nasihat orang tua ni *ehem ehem* daaaann
......
...
..
.
saya tunggu awak,

yang benar benar benar lagi benar, 
Rin''

****
Bilamana aku kau sudah bertukar awak dan saya.
Bilamana 4 tahun baru ku sedari tentang rasa.
Bilamana kaki ini sudah cukup dewasa, bukan kanak kanak dua tahun bezanya,
Bilamana kaki sudah jejak tanah tercinta Malaysia...

****
berkira-kira tentang semuanya, alasan tiada kereta ke tempat kerja *bakal tempat kerja* dan...panjang karangan sms ku taip;

''Hai, awak, hal pentingnya saya nak jumpa awak, ada temuduga kerja di Syarikat XYVZZJ besok harinya. Sebenarnya dah lulus untuk dipanggil masuk, cuma bos besar nak jumpa empunya badan dahulu sebelum misi kerja mula. Psst! Lepas interview, nak jalan jalan dengan awak, jalan jalan makan tengahari di rumah bakal mak mentua, di Seksyen ABBHCFH, jam 1.30 tengahari. Sekian, jumpa esok di stesen LRT ghghadhykkah. Selamat malam :) :) ''