Hari itu dia runsing. Sekejap-sekejap di toleh kanan, sekejap-sekejap dia toleh kiri. Kepalanya dua kali dia teleng. Terpandang-pandang dekat muka ustaz di hadapan. Ustaz sibuk berkuliah,tapi kepalanya entah mana melayang. Lesap.
Tadinya...
''Eh, kawan! Mana belajar lepas ini?''
''Alhamdulillah, ke Shah Alam aku tuju...''
''Apa course engkau bikin?''
''Alhamdulillah, ada juga berkaitan bidang dahulu, ala-ala diplomatlah gamatnya nanti, Insha-Allah..''
''Ha! Eh, kau! Kata nak pakai suite hitam putih! Mana janjinya? Keputusan periksa engkau tak bagus kah?'' Potpetpotpet...
Dia gumam. Ketap bibir, tahan rasa amarah. Arh! Pergilah jauh jauh amarah itu! Istighfar dalam dalam. Astaghfirullahalazim...semoga dia diampuni Illahi. Mungkin dia tidak sedar apa yang diucapkannya.
Dalam hatinya memang perit, bukan itu dia pinta. Bukan waktu mula mula dia menerima hakikatlah. Tapi ketentuan Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya. Siapa tahu? Esok lusa bila dia sudah berada dalam alam ilmu yang tidak pernah dia jangka seronoknya, mencabarnya dan itulah janji Yang Maha Esa memang ditakdirkan yang terbaik untuk dia.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalin,
Dia tersedar. Dalam kuliah agama dia berada. Kenapa pula dipesongkan minda memikir hal-hal dunia? Mengucap panjang dia.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Ingat lagikah kita dalam firman Allah S.W.T sendiri pernah berkata;
Tidaklah aku menjadikan manusia dan jin itu semata-mata, melainkan untuk berabadat kepadaku..
Ustaz menyambung lagi bait-bait kuliahnya;
''Selama ini, kita fikir beribadat hanya di atas tikar sahaja, hanya ketika kita berasa bilamana ada perkara wajib yang disuruh-Nya, ada perkara sunat yang Allah S.W.T galakkan kita, masa itulah kita kejar dan kita anggap perkara-perkata itulah sebagai ibadat kita.
Sedangkan!
Kita lupa, tiap-tiap perkara yang kita kerjakan dengan niat Lillahi Taala, Insha-Allah perkara itulah juga dikira ibadat. Tidak kira, saat kita berjalan, melakukan tugasan rumah buat para isteri atau suri rumah buat keluarga, hatta keluar bekerja mencari rezeki yang halal juga Allah kira sebagai ibadah...Subhanallah..
Malah!
Buat adik-adik yang masih lagi berada di bangku sekolah, sedang gigih menimba ilmu, jangan lupa! Apa yang kalian lakukan, itu juga dikira ibadah...Ada pahala, ada keberkatan dan rezeki yang dijanjikan Allah S.W.T''
Terangguk-angguk kepalanya. Bisik hatinya, ''Faham benar Allah S.W.T masalah aku sebentar tadi..'' Ayat terakhir atau pesanan ustaz tadi benar terkena dengan dirinya.
Belajar itu ibadah! Belajar itu ilmu, sebab itu sebagai muslim, niat belajar pun sudah diajar ketika kecil, dalam kelas cikgu-cikgu mengajar murid-murid membaca doa. Baca doa, niat betul dan lagi bagus jika sentiasa sabar dalam menuntut ilmu. Ya, sabar!
----------------------------------
Abu Darda' menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda: ''Wahai Uwaimir, tambahkanlah akal (ilmu pengetahuan) nanti engkau akan bertambah dekat dengan Tuhanmu.''
Mendengar kata-kata baginda, Uwaimir pun bertanya, ''Demi bapaku, engaku dan ibuku, siapakah yang menyanggup dan menjamin akalku?''
Rasulullah menjawab: ''Jauhilah segala larangan Allah, laksanakan kewajipan yang difardukan, nescaya engkau akan menjadi seorang yang berakal. Kemudian, engkau tambahi dengan amalan-amalan soleh (selain fardhu), nescaya di dunia engkau akan bertambah akal dan akan bertambah dekat dengan Tuhanmu dan dengan sebab Dialah engkau memeperolehi kekuatan (kemulian).''
---------------------------------
Kepala dia terangguk-angguk.
Dia yakin dengan ketentuan-Nya sebab;
Pertama, dia sendiri minat dengan ilmu.
Kedua, dia ingat jari, hati, akal dan berpandukan nasihat keluarganyalah dia memilih bidang itu.
Ketiga, ilmu yang ditawarkan adalah satu bentuk tawaran saham akhirat! Dengan syarat, niat belajar, niat ibadah, segalanya Insha-Allah dipermudahkan!
Keempat, dia sudah berusaha, namun Muet kali keduanya tidak diizinkan-Nya untuk dia gapai apa yang dia mahu. Allah Maha Berkuasa, Allah jaulah tahu akan segala-galanya. Tentang janji-Nya, dia yakin yang mana lambat itu adalah terbaik buatnya.
Kelima, dan sememangnya itulah perancangan keduanya sekiranya perancagan utamanya menemukan jalan buntu!
---------------------------------------
Saidina Othman bin Affan, khalifah yang gigih mengumpulkan dan membukukan Al-Quran pernah berkata;
''Kebimbangan terhadap hal-hal kedunian itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati.''