Ahad, 20 Mei 2012

Jangan marah

Kalau ikut yang sepertimana pernah ada dalam jiwa tika itu, bagi aku...

''Bahasa melambangkan jiwa, menunjukkan seawal pertama reaksi manusia; terhadap keperibadiaannya.''

Kadang-kadang Senah mengamuk, habis carut-marut dia hambur. Kalau tepat pada muka Timah tak mengapa;almaklum teman seperjuangan alam gosip-menggosip.

''Ba** la kau kan! Aku tak pernah kacau hidup kau! Hey, lu memang si*l la!''

Sekejap.

Terpana sekejap aku. Bukan aku sahaja, ramai yang membaca juga anggukkan kepala. Teleng 45 darjah. Sedikit-sedikit ada bunyi sok-sek, sok-sek. Walaupun depan skrin sahaja, cukup terkesan. Serius, aku kira kalau yang tak baca tu takpa tapi kalau yang baca? Kemudian bersembang sesama mereka? Bercerita hal buruk empunya badan. Kan. Malu kan?

Eh, tak rasa malu? Bangga?

Nanti.

Itu bukan andaian aku sahaja. Pernah sekali dua, bila duduk bersembang bersama. Laki-laki kata

mereka, ''Aku paling kurang gemar bila wanita berbicara gaya lelaki. Pelik.''

Ya, kata mereka wanita jangan mencarut. Mereka tak suka, aku lagi lah tak suka wey.


Lelaki pun. Jangan kerana engkau memanag kasar lahiriahnya dan berjiwa kental katanya. Carut-marut tak mengapa? Ha, salah tu. Wanita memang tak suka. Tapi tak tahulah wanita tang mana yang suka lelaki carut-marut ni. Mungkin kimia sama, serasi bila bertekak bersama. 


Jadi persoalan pula timbul, hamburan lain pula menjelma.

''Eh, kau! FB aku, Twitter aku! Kau tak suka unfollow la wey!''

Ayat budak-budak skema, mudah sahaja, tepuk-tepuk dada, geleng-geleng kepala.


Aha. Pasti tak lah kan. Awal-awal memang kalau aku pun rasa nak maki dan dah maki pun dalam hati. Pun begitu, bila difikir-fikir semula, istighfar kan ada. Doakan ada, bacakan, redakan diri dulu. Kemudian? Doakan dia, kawan anda itu untuk berubah sama. Senang kan?

Eh, payah? Cuba cara ini, amalan ini:

Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya.



p/s: Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Opps! Ataupun kepada yang mudah marah, macam *saya* juga ni cuba amalkan ni. Jangan berlari ke telefon bimbit dulu! atau Twitter atau FB dulu! Berlarilah ke tandas mengambil wuduk dan baca: