Mungkin puitis ku tak seindah khabar khabar novelis hits semasa;
tentang perasaan yang lebih pantas diluahkan oleh anak anak muda selaku yang mengaku remaja..
Namun, rasa muak makin menebal dibenak.
Saat kita tangisi akan pemergian saudara saudari di nun wilayah bergolak,
Anak anak muda yang berpuitis cinta di alam maya seakan akan melupakan perkara ini.
Ini, itu, dia, kamu, kami semua melihat itu, ini, DIA lagi tahu.
------------------------------
Ini, itu, dia, kamu, kami semua melihat itu, ini, DIA lagi tahu.
------------------------------
Sedih benar aku rasa.
Sayu.
Hentilah.
Berdoalah.
Ayuh berdoa, hentikan seketika layangan cinta dan rindu.
Hentikan buat sementara waktu.
P/s: Sebab dan munasabab utama aku tidak betah mengikuti perkembangan semasa anak muda, bangku sekolah khususnya yang bercinta. Cukup.