Isnin, 9 April 2012

Polos

Ketika mata itu;
berpura-pura layunya.

''Nani! Bangun, kita sudah tiba.''

Terpisat-pisat empunya badan, kononnya. Masih seperti keadaan biasa. Berpura-pura engkau tidak mendengar akan butir bicara. Sekejap tadi.

----------------------------------------------------------------------------+

''Psst! Cuba kau lihat si dia! Tidur agaknya! Mari kita usik kisah dia!'' Pot pet pot pet. Hingar-bingar malam jadinya. Ramai pula telinga yang ikut serta.

Dan ketika perbicaraan itu berlangsung, bersering telifon bimbit. Entah. Milik siapakah? Ramai yang menduga. Kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah; habis balik kerusi, segenap poket mereka meliar mencari.

Bingit tapi kemudian terhenti. Dalam samar-samar malam yang menjengah 2 pagi; watak itu mula memainkan peranan. Berdiri tegak, berderau darah dan semua terpaku lantas terus ajaib menjadi bisu!

''Assalamualaikum, ya saya. Haah, sekejap lagi tiba.''

----------------------------------------------------------------------------+

''Alamak!''

Spontan daan semua tidak tahu mana hendak disorokkan muka! Malu kak Jah oi! Malu! Terkantoi dengan empunya badan. Kemudiannya, satu-persatu berpaling; menyoroklah mereka pada balik tingkap.

Padan muka.