tag:blogger.com,1999:blog-71822266275031632122024-02-03T00:48:26.133+08:00 .Amirah menulis.Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.comBlogger76125tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-30895843064633607862014-09-02T01:55:00.002+08:002014-09-02T01:57:08.094+08:00Bersalah atau tidak?Kadang-kadang, aku meluahkan perkara yang ku rasa 'benar'. Dan masa ku anggap ianya benar, ternyata salah! Salah pada sisi manusia biasa. Macam yang emak pernah berpesan, (lebih kurang begini ayatnya)...

''Bercakap mesti berlapik. Jangan digores hati.''

atau yang sebenarnya ayat emak lebih kepada ini..

''Marah macam mana pun jangan ikutkan hati. Itu sudah kelemahan dia...''

Lalu istighfar diulang berkali-kali. Menyesal jangan ditanya lagi. Adu, nangis dan berat sungguh hati. Paling sedih, bila aku ingin bercerita pada ibuku (atau emak lagi selesa bunyinya pada lidahku, sebenarnya) tetapi bila difikir-fikir...

''Masalah aku. Aku yang kena selesaikan. Itulah cakap tak fikir dulu. Keputusan dibuat sebelum kau 'tanya' pada Tuhan! Padan muka kau!''

Akhirnya, aku sentiasa tertanya-tanya, bagaimana kau bilang kau sudah mengenali aku, sayang? Sedangkan aku sendiri masih keliru dengan keputusan dan pendirianku. Bagaimana?

Salahkah aku?

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-11092216307280335702014-03-19T01:25:00.001+08:002014-03-19T01:25:21.267+08:00RasaTuhan hadirkan rasa untuk manusia pilih antara dua perkara;

Pertama: Terus bercanda hingga tak kenal dunia

Kedua: Sambung kisah cinta dengan cara paling mulia

Pilih. Pertimbangkan.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-51268790323206857642013-05-17T03:22:00.003+08:002013-05-17T03:22:35.356+08:00Yang Memahami.Untuk yang memahami,

untuk yang faham erti menjarak saat dekat;

yang mengerti berpura pura tidak wujud dalam wujud.

Ya. Ada rasa buat kamu tapi memang itulah caraku.Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-45552370838788394962013-04-01T12:00:00.001+08:002013-04-01T12:00:06.425+08:00Perkara yang sama.

Kepala yang ditunduk-tunduk,

Renungan yang dibaling jauh;

Tawa yang dibuat buat,

''Bodoh!''

Yang dipendam kenapa?

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-68071787197095945352013-03-26T02:56:00.002+08:002013-03-26T03:10:01.939+08:00Ada apa pada nama?

Memandang wajah asing, merungut paling dalam. Perut sudah kenyang. Kenyang dengan makanan ciput yang dibayar lebih. Ringgit Malaysia dua perpuluhan lima sifar untuk jagung masin bersaiz cawan. Kecil sahaja berserta tambahan dua puluh sen untuk sesudu pekat manis. Masin dan manis bertemu, melawan deria rasa. Enak? Bolehlah.

Nelson. Sekadar nama namun luar biasa mencekik darahnya. Benci bentak hati. Usai menelan segala dia disapa,

''Dik, kedai di sini mahalkan?"

Ada wajah asing yang menegur. Wajah sahaja asing namun bukanlah bangsanya dan agamanya. Sama sepertiku. Perwatakan, Melayu, lelaki bekerjaya, berusia lingkungan 50-an. Wajah aku yang penuh curiga, namun terjawab juga persoalan yang sama. Sama seperti aku bangkitkan dalam hati, tentang mahalnya harga.

Dia ku pasti, yakin ingin ku tahu kisah mahal yang dia cakna: Mahal antara kita.

"Pak cik beli teh tarik ni..'' lantas dia sua kertas minuman cawannya padaku. Tinggal suku.

Alahai sikitnya! Kecilnya cawan! Hanya itu mampu digumam sendiri. Kasihan!

Sekadar kertas cawan bersaiz sama dengan jagung yang aku beli sebentar tadi. Mana keistimewaannya? Nah! Pada harga dua ringgit lima puluh sen untuk teh tarik itu dan tempelan lakaran bermotif grafik pada si cawan kertas. Sadis.

Mata terbuntang. Ya, segera aku faham. Belum sempat bicara, dia menyambung.

''Pak cik tak tahu harganya mahal...Ini kali pertama pak cik beli di sini.''

Aku pula yang jadi serba salah. Ya, serba salah jua. Mana taknya, dia orang luar yang terpaksa membayar harga mahal pada secawan air hangat pilihan. Jika ada papan tanda, itu dia...gerai-gerai pilihan lain ada menjual dengan harga yang jauh lebih murah dan sedap jua! Kiri dan kanan aku. Seringgit pula. Kisah bersambung.

"Haah, pak cik! Kedai di sini mahal! Kalau yang murah tuhhh gerai di sekitar ni..." Siap beraksi dengan lagak gaya seperti pemandu pelancong mungkin, ku halakan telunjuk jari, pada kiri dan kanan deretan kedai minuman pilihan. Dia tersenyum namun masih punya sugul. Sugul pada wajahnya.

Sebenarnya aku tertarik untuk tanyakan kisah selanjutnya. Apa sebab dia ke mari? Tunggu siapakah?

''Erm, pak cik ke mari tunggu siapa? Anak?'' Terluah soalan pilihan.

''Tak. Pak cik tunggu bos pak cik di sini. Ada kerja..''

Jadi telahan pertama tepat. Dia lelaki bekerjaya namun masih menjaga perihal ekonominya,tentang duit keluar masuk, makan pakai dan belanjawan semasa meski secawan teh tarik hangat. Kalau mahal tetap mahal! Mesti rungut itu hadir. Situasi sama seperti aku. Pada kami, dalam hati...mungkin kata kata ini yang bermain di minda,

Harga bukan pada jenama semata, kualiti kena ada, apatah lagi kuantiti kena selarilah. Tentang kisah air teh tarik.

''Adik asal mana?''

''Kajang, Selangor.''

''Oh, orang sini! Tahun berapa pengajian?''

''Tahun pertama, semester kedua. Degree.''

''Oh bagus! Ambil kursus apa?''

''Pengajian polisi, pak cik..'' Dengan senyuman melebar bisa aku beri, moga gundah dia terubat jua di hati. Tentang kursus pengajian, entah dia tahu atau tidak. Aha. Yang pasti, dia sudah tersenyum senyum, mungkin tanda dia ketahui apa itu bidang polisi. Mungkin.

Perbualan dimatikan bila aku pinta undur diri. Ucapan salam berbalas, lantas benak fikiran melayang perbualan seorang sahabat. Hampir sama situasi. Saat nama dan jenama konon mula dikenali semua, mahal jadi isunya. Dia bilang..

"Dunia semakin kejam, nasi semakin mahal.."

Jadi, ada apa pada nama eh?

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-16656058070395840342013-03-15T08:57:00.005+08:002013-03-15T08:57:57.336+08:00Kejam.

Tiga kata untuk aku,

Kata pertama buat kamu,

Kata kedua bilang si ibu,

Kata terakhir, bisikan hatiku.

Perasanlah aku terlalu memilih kamu
sehingga terkeliru beza baik peri laku.

Perasannya aku kerna sering terkeliru bisik kata hatiku.

Kamu pergi kamu;

Jangan pernah permainkan hatiku.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-15631519175274725282013-02-02T03:51:00.001+08:002013-02-02T03:51:42.581+08:00Teliti.

Dalam fikiran dia teliti itu maknanya mengamati.

Dua tiga hari ini serta selang beberapa hari selepas aku tamat kertas peperiksaan akhir semester pertama, selalu. Selalu aku nampak kelibat kelibat manusia yang berwajah iras dalam kehidupan seharianku.

Malah, ada seketikanya, dalam sehari boleh ku bilang dua hingga tiga orang yang berwajah serupa. Ingin ku tegur, ingin ku sapa tapi ah biar segan di dada asal tak segan penyudah hari.

Kisah dua tiga hari lalu dan seminggu lalu. Tentang jawapan, masih tidak cukup. Tidak cukup jawapan untuk kerunsingan ini.

Terkadang ada jua aku terfikir,

''Eh, kenapa dirisaukan hal hal semasa atau diberatkan lencongan minda; semata mata manusia manusia yang tidak dikenal pucuk pangkalnya?''

Dan selalunya;

Yang ditaip direnung sejenak, disemak berkali kali kali,

yang ditutur, mulanya puas merasa habis dihembur;

terkemudian?

kesal bertandang, sudah habis istighfar masih terasa banyaknya dosa;

kerdil.

yang terlepas, jasad yang konon pantang takkan berundur;

Oh, mengalah dan mengeluh!

Pengakhirannya?

Ini semua teliti atau terlebih mengamati?

Dan teringat pula aku suatu kisah. Kisah yang bertandang sewaktu telinga dihulur talipon bimbit Nokia versi lama. Berbicara sama kakak. Tertanya tanya, siapa pula akan menjemput anak perempuan nombor tiga dalam enam beradik ini.

''Mak dekat mana? Kita nak cakap kejap.''

"Mak balik kampung, ada makcik depan rumah Wan (arwah) meninggal dunia.''

''Ha? Yang manaa...''

''Yang depan rumah, rumah belah kiri.''

Talipon diletak, minda digasak.

''Ha!''

Kisah makcik ini yang ku kira pernah diceritakan oleh emak sewaktu aku di dapur bersama sama. Kata emak, jangan diikutkan sangat hati. Sebabnya ada kisah tentang insan yang terlalu teliti, teliti dengan sekeliling, teliti dalam banyak perkara. Hinggakan..

''Dia duduk keseorangan. Jika tidak silap, saban waktunya gemar diisi mengemas rumah. Rajin itu memang bagus, lagi lagi teliti mana yang patut dikemas, bila masa mengemas tapi..''

''Tapi apanya mak?''

Dibalik jawapan akhir mak, buat aku terkedu jugalah.

''Teliti sampai sabun ada tiga buku di sinki, satu untuk membasuh tangan, satu untuk tugas dijadikan agen pencuci selepas basuh pinggan..''

''Lagi mak?''

''Kalau jatuh satu sabun, buang, ambil sabun baru! Teliti pada kuman!''

Kalau sedemikian taksubnya manusia terhadap sekeliling, hingga kuman pun diteliti, sudah aku fikirkan, lebih baik ku teliti akan hal hal yang sepatutnya sahaja. Dan bukan pada segenap perkara harus ku teliti; teliti pada hakiki berbalik pada realiti. Teliti?

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-58809706529806237272013-01-27T01:23:00.001+08:002013-01-27T01:23:01.097+08:00Mahu tahu sesuatu?

Dia jalan seorang seorang, aku pandang,

Dia jalan tak lihat sekeliling, aku pandang,

Dia jalan seperti kebiasaannya , aku tetap pandang.

Selongkarlah aku diari tak rasmi dia,

Nampak bait bait aksara yang memendam rasa,

ada puisi, ada kisah harian, ada pandangan umum tentang hal hal semasa.

Dia jalan keseorangan sentiasa,

Nampak aku dia tegur, nampak mereka..

tapi tidak mahu mereka tegur.

Hai, kenapa keseorangan?

Bicaralah sama aku jika (engkau) mahu,

bincanglah apa cerita harianmu;

agar tidak lagi aku melihat...betapa keseorangannyamu.

Ayuh, lain kali bicara sama aku! :)

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-12149842197208330412013-01-25T02:59:00.001+08:002013-10-15T20:45:51.593+08:00Jawapan mungkin?Sebenarnya aku pernah disoal;

''Kenapa memilih bicara dalam bahasa yang sukar (tersirat) dan bukan yang paling mudah difahami semua?''

Taip taip atas papan kekunci, 9876676423526789382786168...seperti biasa tetap infiniti.

Sebenarnya.

''Sebab kalau semua hendak bicara seisi dunia, maka mana letaknya sisi malu manusia?''

Bicara tentang malu, tidaklah aku mengatakan menulis perkara yang baik itu aib atau memalukan diri apatah lagi menulis tentang hal hal keilmuan dalam alam penulisan maya. Kiasan. Ya, kiasan sebab sejujurnya aku bukan mahir dalam bab bab untuk menaip dalam bahasa paling mudah. Malah, untuk bercerita, pasti ada pendengar dan aku tidak halang dan tidak kisah jika ada yang bertanya kenapa aku lebih suka bicara dalam gaya penulisan yang mereka sukar faham atau erti kata lain, banyak benar yang hendak aku diabstrakkan. Inilah cara aku, lebih kepada abstrak sebabnya dengan cara ini, teguran boleh sahaja disampaikan dalam bentuk cerpen atau puisi (maaf kalau ada yang tergelak saat membaca, menjadi atau tidak puisinya; itulah cerita sebenar yang cuba aku bicarakan.)

Keduanya, sebab aku tidak betah untuk menjadi yang lain. Biar yang lain dengan karektor masing masing dan sekian kalinya sebab mana mana catatan sebelum ini ataupun kini lebih bersifat peribadi. Perkongsian sendiri daripada pendamkan rasa dan meraung dalam hati, molek juga aku tuliskannya dengan kod-kod tertentu.

Terima-kasih.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-91775809857175191682013-01-20T03:25:00.001+08:002013-01-25T03:11:04.260+08:00Di mana rasa hormat kita?Dua kali situsi, sama kondisi cuma beza lokasi.

Masa: Penghabisan asasi

Aku:

Mak cik nah dan aku pun tersenyum. sayu senyuman itu.

Mak cik:

Terima kasih nak. Nanti kalau ada banyak lagi hantar ke sini ya. melebar senyum

Sebab bila kaki ini diangkat;

lelah dilepas, mata melilau, nafas ditarik tarik dalam semula,

hembus dan lepas, lengan disinsing, tudung dikemas;

tangan yang ditaklah berpiuh, cuma, lenguh.

Mata. Pandang. Lihat. Geleng.

Teleng kepala teleng.

Masa: Penghujung degree semester satu.

Sampah besar dan tong sampah kecil;

sudah 'kembali' berpenghuni.

Kali ini, sekian penghabisan musim...

penghuninya sadis sekali.

Menangis si miskin yang tak terdaya membeli.

Menangis si ayah yang melayan kehendak putera puteri,

Menangis si guru yang jenuh mengajar apa itu ilmu,

dan sekiannya mungkin langit atas serta segala mata besar alam;

memandang dan makin galak menangis.

Ini tragedi. Ini tragis.

Dua kali situasi serupa dia tempuh.

Dua kali rasa seperti mati dia rempuh.

Dua kali rasa amuk ingin dia heboh.

Dua kali, dua kali, dua kali.

Aku perhati, dan rasa seperti ingin mati.

Aku:

Kenapa kau buang? Kenapa tak simpan? kenapa kenapa tak dihapus dgn cara terhormat?

Anon:

Sebab aku nak hilang, hapus duka stress! Stress! Dah pergi lah kau punca stress! Haha.

Aku:

Sebab ilmu atau buku buku serta sekalian nota syarahan itu pada mula tinggi letaknya, tinggi nilainya hingga rungut, ragut segala bentuk rintangan untuk engkau pungut segala tinggi prestijnya ilmu. Tapi kenapa? Kenapa tidak disalur pada biru warna tong sampahnya dan hitam tong sampah jua yang kau cari. Malah bercampur segala rambut, habuk dan basi makanan.

Kasihan sama ilmu. Ini pilu.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-72275992761844826582012-12-26T20:59:00.001+08:002012-12-26T21:04:26.050+08:00Ikut-ikutan

Matanya sudah dicelakkan. Hitam dan pekat. Sesekali ditonyohnya biji mata. Sakit! sakit jerit batinnya. Celak hitam tidak kena pada tempatnya.

''Tak reti, tapi kena reti jugak!''

Sekejap sekejap dia membentak. Kemudian direnungnya tampalan gambar ''serupa'' dekat nun dinding bersalut kuning cair warnanya.

''Hmmm, sama!''

Dia tidak habis lagi. Gegas ke almari pakaian. Baju baju tadinya yang di beli melalui majalah cina tidak berkenan bisik hatinya. Lantas? Dia memilih untuk merabakkan baju yang sedia ada. Gunting. Ada gunting, dibuatnya fesyen pilihan. Ada mancis dinyalakan lilin, dimatikan rerambu benang atau benang benang halus yang bisa merosakkan mood fesyennya.

''Arhhhh, sempurna!''

Kali ini apa lagi yang belum dicubanya? Sedang asyik asyik berkira, inboxnya masuk satu pesanan. Amaran barangkali. Keramat baginya.

''Hey, kau kata dah upload! Mana?! Mana?! Poyo je lebih!''

Masuk hari yang kesepuluh.

Kali ini dia mahu lebih ke hadapan. Paling ke hadapan jika boleh. Tren itu penting! Tren itu hakikat keberanian! Dan semalamnya...

Lagu ''The Suffering'' melatari bunyi sepi biliknya. Berhenti dan dimatikan.

''Wei kau! Gempaklah siot! Kau tengok berapa ramai like! Wei, gua cakap lepas ni lu femes! Gua bangga sama lu! Esok lepak sama jom!''

Mata yang berair itu memandang mandang telefon. Berpinar pinar juga hendaknya. Hanyir bau merah cecair berkategori AB itu ditahan tahannya. Tidak terlalu sakit. Man the Hotsetap atau Azman Nawawi nama ic nya, sudah nasihatkan dia untuk tarik nafas dalam dalam, sapu minyak tanah pada pangkal lengan. Ekstream? Huh, tidaklah bagi ''akal warasnya.''

One two three kejuuuuuuuuu!

Gambar ala ala kawaii-nya seperti menjadi.

Edit dan upload.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-90145931120159090142012-12-25T01:47:00.001+08:002012-12-25T02:03:58.511+08:00Tiada yang aneh.

''Aneh.''

Apa yang aneh, duhai rakan?

''Aneh, bila dengan dia engkau ber-awak saya, bila dengan aku, engkau ber-aku engkau!'' Membentak, kaki tidaklah dihentak hentak akannya tetapi seolah seolah minta penyepak.

Arghh. Kebarangkalian kasar bunyinya, tapi itu realiti, realiti hati yang ingin mematikan persoalan remeh temeh itu lagi.

''Lagi aneh, bila dengan si Lee May Chua pandai pula engkau bermanja dengan nama timang timangan mu!'' dan sambungnya lagi, ''Benci! Dasar pengampu!''

Ne nong ne nong ne nong ne nong.

Siren berbunyi bingit dan menyala tatkala nombor kecemasan usai di dail dan masuk panggilannya.

Tiada yang aneh. Tiada. Cuma keselesaan, tanda hormat; sesuai dgn jarak dan faktor usia juga dalam senarai sebab ''tiada yang aneh''. Akhir sekali, mungkin benar juga, aku aneh kerana tak bisa memanggil namamu awak dan menggantikan panggilan manja kita ''saya''. Haha.Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-55773202923383685582012-12-17T08:18:00.003+08:002012-12-17T08:43:53.703+08:00Banding beza.

Genius IQ Score

Apa yang membezakan antara manusia dengan manusia?

''Kepandaian?''

Salah

''Ha! Cantik paras rupa! Handsome! Gourgeous! Benda ni yang paling common!''

Duniawi sangat tu...haih, salah. Teka lagi.

''Kemewahan, kaya, hidup selesa, kereta.''

Tak. Itu jauh benar dari duniawi. Haih. Ukhrawi mana?''

Aik. Benda benda itukan nikmat asas seseorang manusia. Ha! Pangkat pun membezakan manusia dengan manusia. Tak perlu beri banyak satu contoh pun dah cukup. Seorang Ketua Bilik Darjah dengan Penolong, pergh pangkat dua ni, masa sekolah rendah..gua jamin ramai budak budak kecik rasa eksyen kemain bila pegang jawatan ni. Aku? Tak wey, aku jenis berbalik ke pangkal tanah, humble but hahaha.

Aku tahu kau tengah monolog tu Man.

Aik. Minah ni jangan telepati aku sangat boleh tak?

Tak. Tak kuasa aku nak telepati hang. Puih. Monolog kasi kuat kuat lagi tak boleh? Aku depan hang ja ni. Mestilah dengar.

Apa yang membezakan antara manusia dengan manusia?

I.L.M.U

Beza ya memang berbeza. Kepandaian banyak penafsiran, pandai atas kertas, pandai meniru sehingga terjemahan kerja dalam peperiksaan besar mahupun ujian kecil, begitu mudah manusia boleh dilebel pandai. Malah, pandai juga ada skalanya, ujian IQ dengan catatan rekod tertinggi menjadi sanjungan dan ukuran betapa geniusnya seorang manusia dalam konteks mereka tersendiri (falsafah, imu kira hisab, biologi dll) sehinggakan tidak menghairankan apabila tahun 1900, Psikologist Perancis, Albert Binet gigih mempamerkan The Bell Curve atau Genius IQ Score yang digunapakai hingga kini.

Namun, kefahaman, pengamalan dan sikap mengejar ilmu (sentiasa, bukan sementara seperti terima ILMU, telaah ILMU, simpan ILMU). Ilmu yang diamalkan. Terjemahan pengamalan ilmu yang disulami dengan berkat dan jalan yang mengingati Ilahi, Tuhan yang menjadikan ilmu, dunia yang kelansungan ilmu-Nya yang tak terkira. Subhanallah.

Surah Toha:114 ''Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu.''

Malah, dalam kefahaman nilai ilmu jua, bacalah sasaran Imam Syeikh Jalaluddin as-Sayuti (3 kali wirid selepas setiap solat fardhu)

Maksudnya: ''Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya yang Maha Agung, sebanyak bilangan huruf yang ditulis sepanjang abad, wahai Tuhan sekalian alam.''

Mari semua, kita raikan ilmu :)

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-62355441018403336652012-12-16T08:38:00.001+08:002012-12-16T08:44:55.927+08:00Jauh mencari.

Kemeja lengan panjang, warna hijau lusuh, jeans jenis material. Lengang sahaja jalan sempit; sesempit sedepa bahu dia melebar, kereta gamaknya memang tak muat kalau hendak lalu, alamat motor-motor teksi atau tut-tut gigih melalui jalan itu. Pot pot, pin pin! Bingit akan tetapi tertakpa dilayannya. Berdesing! Akan tetapi adatlah kalau menumpang lalu, singgah di tanah orang.

Dan kelibat pelancong berkulit putih menggamit pemandangannya. Bukan dia berminat dengan warna biru, hijau atau hazel mata mereka. Bukan, bukan. Jauh sekali berminat untuk dijadikan teman teman penghibur; mahupun teman seangkatan yang lain tatkala wang bertimbun dijolikan semata, bukan. Namun, ada satu nama yang dia cari. Ada, ada, ada..tapi ntah! ! Mana dia? Mana?

Nina Cardoza.

Itu sahaja? Aik. Memang berkerut lah wajah kalau sepatah dijawab. ''Nanti!'' Jeritan yang sudah dipastikan tidak senyaring gender berlainan dan... ''Nama sahaja? Umur? Pernah menetap di Klapitton?''

Nah...

Sekeping kertas dilayang. Ulang sekali lagi. Dilayangkan ya. Bukan diberi, dihulur dengan cara yang paling hormat. Ahhh! Bukanlah pinta perkara yang bukan bukan pun. Dia tulis begini, ''Nina Cardoza, hey, aku bukan perempuan murahan orang tua! Gila!

Huh!. Menyesal tanya. Perasan!

Selamat pagi encik! Makan? Order?

Aha. Senyuman takat ke tepi pipi, senyum kambing sebaik mungkin. ''Kopi, pekat dan lazat. Kalau boleh gulanya diasing, biar saya letak sendiri.''

Baik! Jika encik inginkan lagi pesanan boleh ditekan loceng kecil dihujung meja.

Berlalu dengan senyuman si anak muda itu. Muda? Mestilah. Aku ini sudah jauh berusia daripada umur dia. Jika dulu, tidak akan aku mengaku, ada juga terselit nada angkuh di dada. Tersemat kemas hinggakan ketika itu. Dan ketika..

Jika tuan baik, boleh saya jumpa sebentar?

''Hah! Apa maksud baik? Betulkan dahulu ayatmu anak muda!''

Maaf, maksudnya tetap serupa. Tuan, memang baik peri rupa, baik dari segi jasmaninya, fizikal yang masih kental melawan arus usia. Kacak. Maksud utama saya, ''Jika tuan ada kelapangan, boleh saya jumpa sebentar?''

Senyum senget sebelah.

''Bagus! Hmmm. Mahu apa engkau? Ini waktu rehatku, apa engkau tidak menghormati masa senggang, orang sibuk seperti aku?!'' Hahaha. Seronok membentak bentak manusia, biar engkau tahu, siapa engkau, siapa aku.

Semalam saya sudah ada letakkan nota kecil, dua hari lepas pun sama. Dua 3 kali ingin bertemu tuan, tanyakan tentang soalan yang sama. Bayaran saya dikenakan dua kali ganda dalam bulan ini, sedangkan pelaku sampah, kotor dan hamis yang ada di depan pintu bukan saya tuan! Itu perilaku jiran atas rumah...Maxim..yang saban malam lalok dan pintu 34-AS-2 yang dihancingkannya.

Huh. Jadi engakulah si perayu tu. Tidak! Aku katakan tidak! Kemudian...

''Masuk, tadi tu saya melawak sahaja. Masuk.'' Aku sudah tidak kuasa mengacah.

Kota komunis, bekas tanah jajahan komunis. Kota bekas medan tempur si keparat kapitalis yang mengaku Raja Tempur, Raja witte duiven atau keharmonian agung atau mungkin keharmonian sejagat dalam bentuk pelambangannya. Huh. Banyak berangan sungguh mereka, dulu hingga kini, berangan lagi.

Dan sepencarian aku di kota ini bukanlah pada angin yang yang ingin ditukar sedutannya, oksigen yang mendampa ketenagan di balik hujan yang menyimpan seribu satu jerit perit mangsa mangsa kekejam pemerihtah lampaunya..atau inginkan kepingan-kepingan tiket, resit, mancis api, mahupun kepingan wang lama beridentiti negara singgahan ini. Tidak.

Hanya satu nama. Gabrielle. Pemilik rambut cokelat pekat, kerinting halus dan setunggi anak patung bersaiz budak 3 tahun saat pertama kali dia bersua. Menjangkau 22 tahun jika dihitung umur sekarang. Genap nombor itu. Sudah 9 kali sepencariannya di tanah singgahan bak kata si mata mata upah berbayar, hasil pun hmmm

SAYA BENAR BENAR NAMPAK KELIBAT DIA TUAN, SUDAH DISELIDIKI ATAR BELAKANG, RUMAH INAP MANA YANG DIA TUMPANG SEWAKTI KETIDAAN TUAN DI SISINYA LIHAT GAMBAR ITU, SERUPA! RAMBUT YANG SAMA, MATA ITU, PEKAT HITAMNYA! DAN PARUT ''Y'' DI DAHINYA!

Sudahlah, semput engkau ke mari orang tua. Buat apa dikesalkan, dicari sesuatu yang tak pasti? Engkau hanya menambahkan warna putih di kepala. Kusut!

''Diam. Engkau jangan masuk campur urusanku! Pergi hasutan hasutan lemah engkau itu! Engkau pengecut! Aku tidak! Engkau takut aku yang akan berjaya! Hahaha.''

Fuhhhh. Melayang bayangan. Hasutan bertanduk dua. Seketika di kedai kopi yag sama, lokasi hadapan pangsapuri indah di kota sesak. Indah pada khabar, penyambung legasi wang di usia senja.

''Kopi tuan.''

''Terima kasih.'' Hirup dan akan teruskan perjalanan.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-4737023507865342272012-12-01T19:45:00.003+08:002012-12-01T19:50:34.289+08:00Ignore : Sebuah Pengabaian Rasa?

''Maaf lewat!''

''Eh, takda apa-apalah! Awal lagi ni, gegas masuk, ayuh!''

Pintu kereta ditutup, semerbak wangian kereta dia hidu. Manisnya, alunan zikir pagi mendasari kereta mini itu. Dia seakan bijak meneka ramalanku, segera tersenyum dan memperlahankan bau-bauan itu. Tersenyum dan ada bicara lembut dari dia, ''Maaf kalau agak kuat baunya...yang pasti bukan saya pemilik haruman itu!''

Eh, aku pula yang menjadi serba-salah! Sudahlah menumpang banyak pulak ragamku.hehe

Tiada bicara dalam 20 minit pertama, pagi yang agak cerah warnanya.

12. 15 pagi.

''Salam, ingat saya lagi?''

taptaptaptaptap. lima enam tujuh sembilan dua belas minit berlalu. Urghhhh! balas la wey! sombong!

''Ingat, yang selalu cakap saya sombong tu :p. Ya, nak apa malam malam buta ni?''

''Haha. Eh, macam mana boleh tahu ni? Haha. Takdalah ada hal penting ni, boleh saya telefon? Sekarang?'

''Ada apanya? Penting sepenting apanya? Lewat benar.''

Nah! Pagi ini dapat jua ku minta bantuannya. Namun, dek kerana malu membebankan dia, aku sekadar menurut sahaja tempat paling mudah untuk dia jemput. Ya, ambil aku. Lima setengah pagi sudah mula aku gegas ke mari, stesen paling sesak kota raya, namun agak selesa berbanding dekat Yaman sana. Jam 6 setengah dia muncul, jalan sesakdari rumahnya tapi itu tak mengapa asalkan dia sudi membantu aku yang lebih banyak susahnya dia buat sekian lama.

''Nah, nanti jangan lupa selak dan semak bila di sana!'' Dia senyum aku tersenyum. Diari biru berbalut plastik bunga ungu. Ish! Geli! Apa ingat aku sudi baca luahan luahan hati?

Kejap. Apa tu Diari Biru, Berbalut Plastik Ungu?

''Ni ambil ni, gadis gadis pujaan memberikan luahan rasa untuk kau. Hish! Tak kuasa aku nak melayan, entah kenapa aku pulak yang dijadikan sasaran-menyerahkan segala macam luahan rasa mereka.''

Dia mencebik. Luar biasa mimikan mukanya. Menyampah barangkali atau cemburu pun boleh jadi.

Entah macam mana, hadirku hanya sekali dua saat dia bersama-sama temannya sewaktu ulangkaji di universiti mahupun satu dua majlis kendalian pihak universiti, namun pergh bak kata dia! ''Engkau famous sangat tahu tak?'' Menyesal suruh datang.''

Sewaktu tahun akhir di universiti, dan sewaktu musim bermalas malas bertukar menjadi rajin, sewaktu rasa bergolak pergi, rasa rindu memangil mangil, aku putuskan untuk menyelak helaian lama dalam kotak hijau muda pemberian dia. Ada wajah kami dan rakan rakan seperjuangan lain. Paling banyak nota nota geli geliman peminat wanita yang menyerahkannya kepada ku melalui dia, Rin. Teman gangsterku, kakak angkatku dan haha teman jodoh ibuku.

2 tahun beza, 4 tahun terpisah rasa.

Tahun akhir, ya tahun akhir melayar bahtera minda *konon* baru ku tahu. YA! BARU KU TAHU!

helaian akhir muka surat Diari Biru, Berbalut Plastik Ungu!

''Hai, teman gangsterku! teman buliku, teman baikku! Hai, belajar rajin rajin di sana, jangan flirt gadis Arab sebab orang bilang gadis sana pandai mengorat jejaka Melayu terutamanya yang handsome macam awak! Solat jangan tinggal, ingat nasihat orang tua ni *ehem ehem* daaaann

saya tunggu awak,

yang benar benar benar lagi benar,

Rin''

Bilamana aku kau sudah bertukar awak dan saya.

Bilamana 4 tahun baru ku sedari tentang rasa.

Bilamana kaki ini sudah cukup dewasa, bukan kanak kanak dua tahun bezanya,

Bilamana kaki sudah jejak tanah tercinta Malaysia...

berkira-kira tentang semuanya, alasan tiada kereta ke tempat kerja *bakal tempat kerja* dan...panjang karangan sms ku taip;

''Hai, awak, hal pentingnya saya nak jumpa awak, ada temuduga kerja di Syarikat XYVZZJ besok harinya. Sebenarnya dah lulus untuk dipanggil masuk, cuma bos besar nak jumpa empunya badan dahulu sebelum misi kerja mula. Psst! Lepas interview, nak jalan jalan dengan awak, jalan jalan makan tengahari di rumah bakal mak mentua, di Seksyen ABBHCFH, jam 1.30 tengahari. Sekian, jumpa esok di stesen LRT ghghadhykkah. Selamat malam :) :) ''

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-36416451780791871012012-11-16T02:16:00.003+08:002012-11-16T02:30:24.577+08:00Puitis yang tidak kena waktunya

Mungkin puitis ku tak seindah khabar khabar novelis hits semasa;

tentang perasaan yang lebih pantas diluahkan oleh anak anak muda selaku yang mengaku remaja..

Namun, rasa muak makin menebal dibenak.

Saat kita tangisi akan pemergian saudara saudari di nun wilayah bergolak,

Anak anak muda yang berpuitis cinta di alam maya seakan akan melupakan perkara ini.

Ini, itu, dia, kamu, kami semua melihat itu, ini, DIA lagi tahu.

Sedih benar aku rasa.

Sayu.

Hentilah.

Berdoalah.

Ayuh berdoa, hentikan seketika layangan cinta dan rindu.

Hentikan buat sementara waktu.

P/s: Sebab dan munasabab utama aku tidak betah mengikuti perkembangan semasa anak muda, bangku sekolah khususnya yang bercinta. Cukup.Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-90068957434751557412012-10-29T01:03:00.000+08:002012-10-29T01:27:55.285+08:00Merah pipi tanpa dipinta.

Tidak boleh melihat wajah,

cukup buat dia terkesima.

Tidak boleh mendengar suara,

lantas gabra jadinya.

Tidak cukup kuat bersemuka,

lain peel dia,

butir bicara lesap entah ke mana.

Saat yang lain bertelagah,

tiba tiba, ledakan itu dihentikannya.

Izin bicara dipinta dan dititipkan pandangan bersama,

usai berkata...

''Kita bermuhasabah kesemuanya, redha ketentuan takdir-Nya, nasib kita serupa, perancangan ada dari Maha Esa.''

Bagi yang lain, itu cuma pandangan bersama tapi bagi Jasmine, ayat itu bikin dia terkesima. Membuat pipi kiri dan kanannya menyala, rona merah jambu yang tidak disangka sangka.

Kali pertama.

Petang jam 5 itu, Jasmine duduk tersimpuh, penat benar dia dengan isu pelariannya sendiri. Lari dari perasaanya sendiri. Dan tidak lama kemudian, dia terdengar bisikan halus..

Larilah anakku, pergi menjauh rasamu...Mungkin ini belum waktu.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-15430212924884385332012-10-26T21:39:00.001+08:002012-10-26T21:48:37.981+08:00Hologram.

Edward terduduk. Termenung dalam. Dalam perkiraannya kurang daripada lima saat, Manny pasti akan datang membantu...

5, 4, 3, 2,...1 !

Manny : Ya, tuan? Mengapa muram sebegitu wajahnya?

Haihhh, orang tua ini tak tahu apa erti keseorangan?

Edward: Biarkan aku sendirian.

Manny : Baik, tuan. Semoga tuan baik-baik sahaja keadaan. Jika buntu panggil saya sahaja tuan.

Orang tua itu berlalu, sekelip mata menghilang!

Arhh, Jenice si anak anjing kecil berbaka chihuahua memberikan salakan kecil buat Edward. Jenice marah sama tuannya. Bukan apa, bagi Jenice, Manny teman penghibur yang paling menyeronokkan. Sering mengacah acahnya dengan aksi kejar mengejar. Sekecap sekejap Manny ada di atas tangga paling atas rumah agam, kemudiannya pula Jenice boleh lihat kelibat Manny di laman utama rumah ala Inggeris tinggalan abad ke-18 itu. Menarik buat Jenice, tidak bagi empunya rumah.

Manny muncul lagi. Kali ini oarng tua itu seperti lazimnya menghadiahkan senyuman. Wajah yang sama seperti mula dia muncul dalam kediaman rasmi Edward dan isterinya Julie. Baju old maid berjalur hitam di sisi putih menambahkan lagi kebosanan Edward. Manny, hanya pembantu setia tapi tidak memahami segenap butir ucapanya. Kesemuanya diprogram. Bosaaaaaaaaaaaaaaan.

Manny : Apa benar tuan tidak memerlukan bantuan saya?

Edward : Ya, Manny.

Manny : Tuan benar benar pasti?

Taptaptaptap. Jejari Edward tanpa dipinta menari-nari pada lantai aok rumahnya. Tanpa dipinta, Manny terus memberikan nasihatnya. Tiada percaturan; cukup dangan aturan seperti mana yang dia telah diarahkan dalam kotak memorinya.

Manny : ..........Tuan, jadi tuan dengar apa yang saya katakan tadi?

Dengar Manny, sudah 386 kali nasihat ini yang kau beri..Haihhh

Manny : Tuan, izinkan saya berkata-kata lagi?

Katakanlah Manny! Sungguh jika aku katakan tidak, engkau pasti ke mari, memberi titipan kata-kata buat jiwa kosong ini...

Manny meneruskan kata-katanya. Sejurus kemudian, saat Edward mengingatkan kembali bisikan hatinya! buat jiwa kosong ini... jiwa kosong! Ya! Hatiku kosong sebenarnya! Tapi bagaimana untuk ku isi kekosongan ini?

Dapdapdapdap!

Lantai rumah bising usai derapan kasut kulit hitam berkilatnya memecah kebuntuan pagi. Jenice menyalak dengan kuatnya! Terbangun anak anjing kecil itu. Isterinya? Oh, dia sudah lama menduda, Julie lama sudah meninggalkannya saat bertarung nyawa antara pemergian Edward di kota kota megah dunia bersama sama Manny inovasi baharu ciptaannya. Saat Edward berlari, potret megah pasangan saintis dan doktor ini seolah-olah mentertawakan Edward! Kerusi santai Cleopatranya seperti hidup, persis sang kucing pemburu mengejar laluan yang sama! Lampu indah chandelier pula mula menggerunkannya! Eh, kelihatan seperti ingin jatuh, cubaan mengacah acahkannya seperti mahu menghempas pada tubuhnya! Edward tercungap! Pagi jam 10 itu persis malam jam 10! Lukisan lukisan lama yang entah kurun keberapa usianya pun turut menghamburkan cacian dan gelak gawa. Bingit daaaaaaaaaaaaan...

Hello! Wood! Dengar sini temanku! Bantu aku! Bantu aku! Semuanya imaginasi, semuanya ilusi! Manny! Bawa ia pergi, mewah ini turutkan jua pergi. Mati! Mati! Mati!

Ganggang diletakkan. Edward sudah tidak benyawa lagi.

Paginya, Dr. Wood A. Collan sudah memberikan keterangan rasmi. Edward mati dibunuh, dibunuh oleh rasa akutnya sendiri. Takut berjumpa dengannya, takut membincangkan inti pati rasa sakit hatinya. Kematian Julie yang dipersalahkan kepada, pemergiaan Andrew anak kecil berusia 3 tahun yang kepingin merasai kasih sayang ibunya; pergi setelah tiga hari menangisi pemergian ibunya. Demam panas kata doktor, pembunuhan kasih sayang kata keluarga mentuanya. Akhirnya? Nah, rasa lama terpendam! Jantung normal menjadi abnormal.

Manny?

Orang tua hologram ini kerap berkeliaran. Tiada siapa tahu bagaimanakah caranya untuk mematikannya. Hanya yang pakar yang tahu. Kini, Edward sudah tiada. Manny setia berkeliran dan Jenice? Entah. Tiada siapa yang tahu mana kelibat anak anjing kecil itu. Makin bertambah galak manusia membikin versi cerita hantu. Aduhai,..

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-92113123660419988552012-10-25T04:52:00.001+08:002012-10-25T04:52:48.767+08:00Berlari!''Dua, tiga, satu per dua; entah engkau rasa betul tak apa yang aku cakapkan ni?''

Daus sambung lagi.

''Eh, macam semalam yang aku cakapkan tuuuu..''

Moksin berhenti. Dia tercengang. Berbisiklah dia dalam hatinya.

Daus cakap pasal apa ni? Arh, sudah jangan, jangan penyakit lama datang lagi!

Hari kedua

Sudut pandangan Daus berbeza, sungguh. Semalam dia terlihat kelibat Kay. Sekonyong konyong manusia yang bersesak di pentas ilmu itu; almaklumlah hari pertama keluar markah peperiksaan. Tak semena-mena itulah dia dapat merasakan; Ya! Kelibat Kay! Lampu spotlight menyala wey! Dia pandang aku wey!

Kiri dan kanannya sesak. Depan dan belakangnya penuh! Penuh manusia yang tak reti reti sabar. Jantan macho itu gaya yang cuba dia pamerkan. Rambutnya dirapikan, langkahnya segera dia deraskan.

Perkenalan *konon*

''Boleh saya bercakap?''

Kay melambai-lambaikan tangannya. Seperkara yang tidak dipelikkan, malah mungkin memecahkan kebuntuan ramai. Petang itu, suasana asalnya harmonis, namun entah tak terduga sesi tenang jadi tegang. Ya. Cuma satu topik sahaja dibincangkan bersama; Kemana Halatuju Mahasiswa Kita? Sidang yang asalnya berbincang, kewajaran mahasiswa berpolitik. Aneh, topik politik paling Daus anti. Anti untuk bincang hal hal demokrasi yang tak pasti masih kenal atau tidak kita, atau sebarang mudah kita hentam, semberono mengata itu berpaling tadah; ini berperang muda.

Tiba tiba Daus nampak sesuatu! Razif kelihatan tersenyum. Dia watak sampingan yang menghidupkan benak persoalan.

Eh, mamat ni kenal Kay? Dari tadi dia minta Kay beri ulasan. Hish! Hish!

Mencebik. Daus mencebik seorang diri. Arh,.baru 4 jam tolak 1 jam setengah dia kenal Kay. Apa kebendanya hendak dia rajukkan?

''Ehemm, pada pandangan sayaaaaa..''

Kay terus memulakan bicara sedari izinnya diterima ahli dewan.

Daus. Dia duduk dua dari belakang, terkebelakang namun kepala dipanjangkan. Tegak kepalanya, bersinar-sinar mukanya memberi sepenuh penumpuan.

Pappp!

''Woi, Daus! Berangan kau!''

Aduh, terpisat pisat dia menahan perit. Sakit la wey!

''Haah, kau! Kenapa ditamparnya aku?!'' Kepala Daus bengang, haihh tengok! Kay sudah hilang dari pandangan!

Moksin tahu sindrom gabra Daus datang lagi, kemudiannya dia ketawa, mengilai-ngilai, kemain. Muka Daus? Ketat dan masam. Mencebik ala ala gadis manja. Mengada ngada.

Daus terkena sindrom akut pada perasaan. Kebiasaanya bilamana dia ternampak kelibat Kay, asal topik A dia lompat ke topik B. Ter-kemudian dia merapu seorang seorang. Melawan gabra katanya, cemas dia kelibat Kay!

Apakah itu? Adakah cinta?

''HAHA'' suara Moksin dan lain lain ketawa dibelakang.

Sadis Daus, alamat forever alone-lah dia.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-80725698488264105162012-08-13T04:08:00.000+08:002012-08-13T04:08:02.152+08:00Terpandang.Ingin dia tegur,

muka yang kelat, manis yang hilang, garang yang amat.

Tapi bila?

Entah dia sendiri pun tidak tahu.

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-81884526854836525312012-08-08T03:46:00.001+08:002012-08-08T03:49:48.901+08:00Faham atau tidak?

wajah sedari Jun.

Dia tidak pernah faham;

tidak dan jangan pernah berkias,

kerana detik waktu yang peralihan itu sukar,

payah untuk yang sentiasa mendoakan sukar.

Kerana dia tidak pernah faham,

aku dijentik di telinga;

kerana aku tidak pernah faham,

maka hari ini habislah aduku,

tamatlah riwayat keluh kesahku.

Kerana aku tidak pernah cuba faham,

maka menjauhlah mereka;

mengatakan egonya aku persis merak yang riak.

Kerana mereka tidak pernah faham,

tidak fahamku bukan makna tidak,

tapi maksud faham itu tidak dizahirkan,

namun didoakan.

Semoga kalian faham.

p/s: Mendoakan. Semoga dikau berubah, kita masih bersama.Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-2176667406465498602012-08-05T02:39:00.001+08:002012-08-05T02:40:03.838+08:00Habislah dia!Dia pandang wajah polos itu;

kaku.

Dia sapa wajah yang ramai katakannya ''ayu''. Ya. Baru dia tahu nama gadis itu pun ada bunyi-bunyi ayu. Masmunaryu nama penuhnya.

''Ayu apa khabar?''

Sepi.

Dia tahu gadis itu tidak akan menyahut. Sengaja dicuba nasib.

''Ayu, kalau marah sangat dengan saya, jangan dipaling muka, tolong...''

Keras dan kaku. Angkuh dia rasa tapi semakin nekad dia pulihkan keadaan.

''Ayu, tiga hari sudah kita tak bercakap. Kata orang, pesan nabi, jangan putuskan silaturrahim, jangan tidak bertegur sapa, janganlah dipaling muka..'' Dia sambung lagi... ''Paling penting saya tak salah dalam hal ni...''

Arhh!

Canggung tahu, geram aku rasa kau tahu!

15 minit sudah. Degil benar Ayu hendak memaafkan dia.

Apa kau rasa kalau orang yang sedang kau bicara respond pun tak ada? Geramkan! Marahkan! Memang suka engkau buat aku macam cengkerik, cengkerik.

''Nah..''

Suara emas terkeluar juga akhirnya! Tapi mendatar, kosong, polos, ada simpati pada wajahnya. Dia toleh. Intailah juga dia, mana tahu ada mata mata liar yang turut bersembunyi disebalik permainan ini.

Oh oh! Ini memang dayyum!

Dia dah tahu!

Dia sudah tahu!

Apakah?!

Razali pengsan.

Tak bangun-bangun dengan mulutnya dengan automatik keluar buih-buih putim. Pitam. Ayu dah jumpa! Ayu dah tahu!

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-38396971182915966382012-07-30T03:55:00.002+08:002012-07-30T03:55:20.242+08:00Banyak benda yang difikir : Melayang

Hari itu dia runsing. Sekejap-sekejap di toleh kanan, sekejap-sekejap dia toleh kiri. Kepalanya dua kali dia teleng. Terpandang-pandang dekat muka ustaz di hadapan. Ustaz sibuk berkuliah,tapi kepalanya entah mana melayang. Lesap.

Tadinya...

''Eh, kawan! Mana belajar lepas ini?''

''Alhamdulillah, ke Shah Alam aku tuju...''

''Apa course engkau bikin?''

''Alhamdulillah, ada juga berkaitan bidang dahulu, ala-ala diplomatlah gamatnya nanti, Insha-Allah..''

''Ha! Eh, kau! Kata nak pakai suite hitam putih! Mana janjinya? Keputusan periksa engkau tak bagus kah?'' Potpetpotpet...

Dia gumam. Ketap bibir, tahan rasa amarah. Arh! Pergilah jauh jauh amarah itu! Istighfar dalam dalam. Astaghfirullahalazim...semoga dia diampuni Illahi. Mungkin dia tidak sedar apa yang diucapkannya.

Dalam hatinya memang perit, bukan itu dia pinta. Bukan waktu mula mula dia menerima hakikatlah. Tapi ketentuan Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya. Siapa tahu? Esok lusa bila dia sudah berada dalam alam ilmu yang tidak pernah dia jangka seronoknya, mencabarnya dan itulah janji Yang Maha Esa memang ditakdirkan yang terbaik untuk dia.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalin,

Dia tersedar. Dalam kuliah agama dia berada. Kenapa pula dipesongkan minda memikir hal-hal dunia? Mengucap panjang dia.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Ingat lagikah kita dalam firman Allah S.W.T sendiri pernah berkata;

Tidaklah aku menjadikan manusia dan jin itu semata-mata, melainkan untuk berabadat kepadaku..

Ustaz menyambung lagi bait-bait kuliahnya;

''Selama ini, kita fikir beribadat hanya di atas tikar sahaja, hanya ketika kita berasa bilamana ada perkara wajib yang disuruh-Nya, ada perkara sunat yang Allah S.W.T galakkan kita, masa itulah kita kejar dan kita anggap perkara-perkata itulah sebagai ibadat kita.

Sedangkan!

Kita lupa, tiap-tiap perkara yang kita kerjakan dengan niat Lillahi Taala, Insha-Allah perkara itulah juga dikira ibadat. Tidak kira, saat kita berjalan, melakukan tugasan rumah buat para isteri atau suri rumah buat keluarga, hatta keluar bekerja mencari rezeki yang halal juga Allah kira sebagai ibadah...Subhanallah..

Malah!

Buat adik-adik yang masih lagi berada di bangku sekolah, sedang gigih menimba ilmu, jangan lupa! Apa yang kalian lakukan, itu juga dikira ibadah...Ada pahala, ada keberkatan dan rezeki yang dijanjikan Allah S.W.T''

Terangguk-angguk kepalanya. Bisik hatinya, ''Faham benar Allah S.W.T masalah aku sebentar tadi..'' Ayat terakhir atau pesanan ustaz tadi benar terkena dengan dirinya.

Belajar itu ibadah! Belajar itu ilmu, sebab itu sebagai muslim, niat belajar pun sudah diajar ketika kecil, dalam kelas cikgu-cikgu mengajar murid-murid membaca doa. Baca doa, niat betul dan lagi bagus jika sentiasa sabar dalam menuntut ilmu. Ya, sabar!

Abu Darda' menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda: ''Wahai Uwaimir, tambahkanlah akal (ilmu pengetahuan) nanti engkau akan bertambah dekat dengan Tuhanmu.''

Mendengar kata-kata baginda, Uwaimir pun bertanya, ''Demi bapaku, engaku dan ibuku, siapakah yang menyanggup dan menjamin akalku?''

Rasulullah menjawab: ''Jauhilah segala larangan Allah, laksanakan kewajipan yang difardukan, nescaya engkau akan menjadi seorang yang berakal. Kemudian, engkau tambahi dengan amalan-amalan soleh (selain fardhu), nescaya di dunia engkau akan bertambah akal dan akan bertambah dekat dengan Tuhanmu dan dengan sebab Dialah engkau memeperolehi kekuatan (kemulian).''

Kepala dia terangguk-angguk.

Dia yakin dengan ketentuan-Nya sebab;

Pertama, dia sendiri minat dengan ilmu.

Kedua, dia ingat jari, hati, akal dan berpandukan nasihat keluarganyalah dia memilih bidang itu.

Ketiga, ilmu yang ditawarkan adalah satu bentuk tawaran saham akhirat! Dengan syarat, niat belajar, niat ibadah, segalanya Insha-Allah dipermudahkan!

Keempat, dia sudah berusaha, namun Muet kali keduanya tidak diizinkan-Nya untuk dia gapai apa yang dia mahu. Allah Maha Berkuasa, Allah jaulah tahu akan segala-galanya. Tentang janji-Nya, dia yakin yang mana lambat itu adalah terbaik buatnya.

Kelima, dan sememangnya itulah perancangan keduanya sekiranya perancagan utamanya menemukan jalan buntu!

Saidina Othman bin Affan, khalifah yang gigih mengumpulkan dan membukukan Al-Quran pernah berkata;

''Kebimbangan terhadap hal-hal kedunian itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati.''

Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-56625394707325899952012-07-22T03:55:00.002+08:002012-07-22T03:55:47.985+08:00Malam yang panjangFirman Allah:

''Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikian ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui''

(Yasin : 38)

Rasulallah bersabda:

''Sesungguhnya tanda kiamat yang mula-mula sekali ialah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Setelah wafatnya Nabi Isa a.s, adanya manusia ketika itu yang bertahan dalam keadaan taat dan adanya juga yang berbuat maksiat, ada masih kukuh iman mereka, diteguhkan simpulan hati akan erti taubat dan penyesalan serta ada juga yang kembali mengerjakan maksiat. Hal ini kerana keadaan manusia ketika itu ada yang tidak mengira untung baik dan rugi lagi. Padahal pada masa itu telah pun terjadi tanda-tanda besar berlakunya kiamat yakni munculnya Imam Mahdi, Dajjal, Yakjuj dan Makjud dan turunnya Nabi Isa a.s.

Tidak lama setelah itu terjadinya suatu bentuk perubahan ketara dan tidak pernah lagi terjadi dalam seumur dunia. Alam bahagian atas (langit) berubah strukturnya. Tiada siapa yang menyangka, perubahan yang dimaksudkan adalah terjadinya suatu keadaan bilamana malam terasa amat panjang. Panjang malam itu memungkinkan terasa seolah-olah dua tiga malam kali panjang malam daripada kebiasaan. Ini fenomena yang dijanjikan, ini fenomena yang luar biasa; dan menunjukkan akan janji-Nya.

Dalam keadaan malam yang tidak pernah diketahui umum akan masanya itu, manusia yang tidur ada yang terbangun; sudah beberapa kali bangun mereka. Ada yang bertugas malam terasa penat tetapi melihat hari masih lagi gelap. Orang yang meresa sudah puas tidur, bahkan sudah terasa penat kerana ikutkan ya, sudah cukup tidur mereka akan tetapi bila dijenguk ke luar hari masih lagi gelap.

Yang paling cepat menyedari akan waktu malam cukup panjang daripada kebiasaannya;

Orang yang kebiasaan bangkit pada dua per tiga malam dan orang yang sentiasa bangun untuk mengerjakan Solat Subuh awal pada hari itu juga jadi penasaran. Hal ini kerana, golongan pertaman ini berasakan dia sudah cukup solatnya, merasakan sudah cukup mengerjakan amalan solat tetapi waktu subuh belum juga muncul. Kemudiannya, apabila dilihat akan keadaan ini, tidurlah dia diperbaringan, menyambung tidurnya lagi. Dia terbangun! Sama lagi keadaannya, fajar Subuh yang dinanti belum muncul jua.

Ramai juga yang berasa hairan hinggakan ada yang bertanya kepada jirannya. Orang yang sudah pergi ke masjid untuk berjemaah bersama-sama teman di sana pun telah berjumpa dengan teman-teman, namun Subuh masih belum masuk jua. Malah, orang yang sudah penat tidur masing-masing keluar rumah, mereka saling bercerita dan bertanya di halaman rumah dan di jalan-jalan. Mereka hairan mengapa hari masih gelap walhal secara sedar atau tidak malam yang panjang ini dirasai seluruh dunia.

''Matahari muncul!''

Fajar pun mula menampakkan menyinsing. Hati yang gelisah sudah mula beransur pulih. Langit itu cerah jadinya, sinar etrangnya. Ayam mula berkokok, bersahut-sahutan lalu burung-burung pun seperti acapkali rutin harian mereka, bernyanyi-nyayi dan berkicauan di dahan-dahan pokok.

Orang yang sudah penat tidur, bangun dengan gembira untuk menghirup pagi udara yang cukup segar. Mereka berbondong-bondongan keluar rumah dan di jalan-jalan. Masakan tidak, sinar pagi itu sudah cukup menghilangkan rasa resah san gelisah mereka, cukup nikmat pagi itu, rasa mereka.

Akan tetapi.

Pagi itu mereka dikejutkan lagi, ada berita luar biasa yang mereja hadapi. Tidak pernah! Tidak pernah sekali terjadi berlaku dalam mana-mana sejarah dunia. Hari itu sejarah-Nya. Dunia dihebohkan. Yang jahil, kafir dan mana-mana sebelum ini tahu akan bakal terjadinya Hari Penghabisan menangislah mereka. Mengakuilah mereka. Mereka percaya sebenarnya kiamat terjadi dengan tiba-tiba. Bahkan Dia Yang Maha Esa telah pun mengeluarkan firman-Nya lama, dalam mengingati makhluk ciptaannya.

Hari itu matahari terbit dibelah barat,

Hari tu matahari terbit dari etmpat terbenamnya,

Hari itu yang kafir memeluk Islam,

Hari itu, semua manusia beriman kepada Allah S.W.T,

Dan pada hari itu, yang beriman pun akan menangis bertaubat kepada Allah.

Hari itu,

Tiada yang peduli akan hal dunia,

Ada yang terkatup dua giginya, tergamamlah dia,

Dipedulikan urusan dunia,

Bermunajat kepada Allah.

Dari Shafwan bin Asal: ''Saya mendengar Rasulallah S.A.W bersabda.''

''Sesungguhnya Allah membuka pintu arah maghrib (tempat terbenam), yang panjangnya tujuh puluh tahun perjalanan, yakni pintu taubat. Allah tidak menutup pintu itu sehingga matahari terbit daripadanya.''

(H.R. Tarmizi)

Sesiapa yang beriman sebelum ufuk barat terbit maka beruntunglah dia, sedangkan orang yang beriman hanya selepas terbitnya mentari barat, sudah tidak berguna lagi keimanannya. Saat itu, sudah berakhir masa hidayah dan nur dan digantikan pula dengan Hari Akhirat. Ynag baik amalannya, yang beriman akan dikira amalannya supaya dapat diberikan ganjaran yang sesuai dengan pengamalan mereka. Kendatipun begitu, bagi yang belum pernah melahirkan keimanan atau tahu akan keimanan serta perihal Islam maka apalah gunanya tangisan mereka kerana ;ama sudah manusia telah diingatkan...

Firman Allah:

''Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat, iaitu kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang.''

(Muhammad : 18)

Hasil karya di atas, dipetik daripada buku berjudul Tanda-tanda Kiamat, karya Lily Marbuk (Al-Hidayah). Sejujurnya, buku ini cukup menyedarkan aku akan dengan penceritaan bermula dengan pokok asas pengertian kiamat dan penceritaan yang aku kira baik dari segi dakwahnya dengan sususan jalur cerita mana yang menunjukkan keadaan hari kiamat itu berserta hadis dan firman Allah s.w.t.

p/s : Kepada sahabat adikku (yang tidak ku tahu namanya), terima-kasih kerana sudi pinjamkan buku ini. Syabas kepada penulis, semoga ramai yang memiliki buku ini, sebagai ingatan kita semula. InsyaAllah
Amirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7182226627503163212.post-13530038047840680012012-06-30T04:08:00.001+08:002012-06-30T04:14:11.180+08:00Runsing?Malam ini aku runsing.

Terpandang: Satu sisipan nota kaki di skrin 14.5 inci

''Banyakkan bersabar dan Istighfar''

''Amalkan bacaan al-Fatihah ketika sudah dan senang.''

''Mendoakan lebih baik dari marah.''

''Buatlah sesuatu kerana Allah S.W.T. Hati biar ikhlas.''

-EmakAmirah Ahmadhttp://www.blogger.com/profile/05913832865220146217noreply@blogger.com0