Jumaat, 26 Oktober 2012

Hologram.



Edward terduduk. Termenung dalam. Dalam perkiraannya kurang daripada lima saat, Manny pasti akan datang membantu...

5, 4, 3, 2,...1 !

Manny : Ya, tuan? Mengapa muram sebegitu wajahnya?

Haihhh, orang tua ini tak tahu apa erti keseorangan? 

Edward: Biarkan aku sendirian. 

Manny : Baik, tuan. Semoga tuan baik-baik sahaja keadaan. Jika buntu panggil saya sahaja tuan.

Orang tua itu berlalu, sekelip mata menghilang! 

Arhh, Jenice si anak anjing kecil berbaka chihuahua memberikan salakan kecil buat Edward. Jenice marah sama tuannya. Bukan apa, bagi Jenice, Manny teman penghibur yang paling menyeronokkan. Sering mengacah acahnya dengan aksi kejar mengejar. Sekecap sekejap Manny ada di atas tangga paling atas rumah agam, kemudiannya pula Jenice boleh lihat kelibat Manny di laman utama rumah ala Inggeris tinggalan abad ke-18 itu. Menarik buat Jenice, tidak bagi empunya rumah.

***
Manny muncul lagi. Kali ini oarng tua itu seperti lazimnya menghadiahkan senyuman. Wajah yang sama seperti mula dia muncul dalam kediaman rasmi Edward dan isterinya Julie. Baju old maid berjalur hitam di sisi putih menambahkan lagi kebosanan Edward. Manny, hanya pembantu setia tapi tidak memahami segenap butir ucapanya. Kesemuanya diprogram. Bosaaaaaaaaaaaaaaan.

Manny : Apa benar tuan tidak memerlukan bantuan saya?

Edward : Ya, Manny.

Manny : Tuan benar benar pasti?

Taptaptaptap. Jejari Edward tanpa dipinta menari-nari pada lantai aok rumahnya. Tanpa dipinta, Manny terus memberikan nasihatnya. Tiada percaturan; cukup dangan aturan seperti mana yang dia telah diarahkan dalam kotak memorinya.

Manny : ..........Tuan, jadi tuan dengar apa yang saya katakan tadi?

Dengar Manny, sudah 386 kali nasihat ini yang kau beri..Haihhh

Manny : Tuan, izinkan saya berkata-kata lagi?

Katakanlah Manny! Sungguh jika aku katakan tidak, engkau pasti ke mari, memberi titipan kata-kata buat jiwa kosong ini...

Manny meneruskan kata-katanya. Sejurus kemudian, saat Edward mengingatkan kembali bisikan hatinya! buat jiwa kosong ini... jiwa kosong! Ya! Hatiku kosong sebenarnya! Tapi bagaimana untuk ku isi kekosongan ini?

Dapdapdapdap!

Lantai rumah bising usai derapan kasut kulit hitam berkilatnya memecah kebuntuan pagi. Jenice menyalak dengan kuatnya! Terbangun anak anjing kecil itu. Isterinya? Oh, dia sudah lama menduda, Julie lama sudah meninggalkannya saat bertarung nyawa antara pemergian Edward di kota kota megah dunia bersama sama Manny inovasi baharu ciptaannya. Saat Edward berlari, potret megah pasangan saintis dan doktor ini seolah-olah mentertawakan Edward! Kerusi santai Cleopatranya seperti hidup, persis sang kucing pemburu mengejar laluan yang sama! Lampu indah chandelier pula mula menggerunkannya! Eh, kelihatan seperti ingin jatuh, cubaan mengacah acahkannya seperti mahu menghempas pada tubuhnya! Edward tercungap! Pagi jam 10 itu persis malam jam 10! Lukisan lukisan lama yang entah kurun keberapa usianya pun turut menghamburkan cacian dan gelak gawa. Bingit daaaaaaaaaaaaan...

***
Hello! Wood! Dengar sini temanku! Bantu aku! Bantu aku! Semuanya imaginasi, semuanya ilusi! Manny! Bawa ia pergi, mewah ini turutkan jua pergi. Mati! Mati! Mati!

Ganggang diletakkan. Edward sudah tidak benyawa lagi.

***
Paginya, Dr. Wood A. Collan sudah memberikan keterangan rasmi. Edward mati dibunuh, dibunuh oleh rasa akutnya sendiri. Takut berjumpa dengannya, takut membincangkan inti pati rasa sakit hatinya. Kematian Julie yang dipersalahkan kepada, pemergiaan Andrew anak kecil berusia 3 tahun yang kepingin merasai kasih sayang ibunya; pergi setelah tiga hari menangisi pemergian ibunya. Demam panas kata doktor, pembunuhan kasih sayang kata keluarga mentuanya. Akhirnya? Nah, rasa lama terpendam! Jantung normal menjadi abnormal. 

Manny?

Orang tua hologram ini kerap berkeliaran. Tiada siapa tahu bagaimanakah caranya untuk mematikannya. Hanya yang pakar yang tahu. Kini, Edward sudah tiada. Manny setia berkeliran dan Jenice? Entah. Tiada siapa yang tahu mana kelibat anak anjing kecil itu. Makin bertambah galak manusia membikin versi cerita hantu. Aduhai,..