Rabu, 22 Februari 2012

Jangan.

Kalau ada hati;
simpan molek-molek.

Ikat rasa sayang, jangan asyik hendak ditayang-tayang.

Kalau rasa suka;
bikin engkau suka,
Jangan buat-buat suka, dengan muka berpura-pura.

Ikut rasa hati mati, ikut nafsu lesu; ikut badan binasa.

------------------------------------------
Cikgu Mai selalu pesan,
''Jangan disalah guna peribahasa itu.''

Ya, dulu selalu suka aku pakai~dalam karangan yg panjangnya berjela namun kesilapan kecil itu sering aku tutupkan mata.

''Kenapa?''

Sebab asal rasa sempurna, sedap bunyinya; cepat-cepat aku mengalah dengan masa. Mengalah yang bermaksudkan sengaja tidak mahu perbetulkan kesilapan semula. Tutup-tutup; kambus-kambus. Siaran segera tamat, kertas lekas-lekas dihantar. Aha.

------------------------------------------

Orang kata bila dua jantina berbeza yang cuba menzahirkan rasa suka-haruslah (noktah).
Patutlah dijarakkan segera!

''Kenapa?''

Takut hati dilayang-layang,
sebelum jauh lagi terbang melayang;
tertipu dengan bisikan syaitan.

''Kenapa perasan dengan perasaan?''

Jawapannya: Kalau benar engkau rasa dia suka, biar suka sekadar kawan; bukannya lokek masa   ---------------direngang-renggangkan untuk temu dan sehabis bual-bicara. Aku anak muda, takut jiwa yang tak kental mudah jatuh dalam pujuk rayu dunia. Anak muda, bukan kerjanya dahulukan cinta jantina berbeza. Dahulukan Yang Maha Esa, Nabi dan keluarga.