Kalau ada hati;
simpan molek-molek.
Ikat rasa sayang, jangan asyik hendak ditayang-tayang.
Kalau rasa suka;
bikin engkau suka,
Jangan buat-buat suka, dengan muka berpura-pura.
Ikut rasa hati mati, ikut nafsu lesu; ikut badan binasa.
------------------------------------------
Cikgu Mai selalu pesan,
''Jangan disalah guna peribahasa itu.''
Ya, dulu selalu suka aku pakai~dalam karangan yg panjangnya berjela namun kesilapan kecil itu sering aku tutupkan mata.
''Kenapa?''
Sebab asal rasa sempurna, sedap bunyinya; cepat-cepat aku mengalah dengan masa. Mengalah yang bermaksudkan sengaja tidak mahu perbetulkan kesilapan semula. Tutup-tutup; kambus-kambus. Siaran segera tamat, kertas lekas-lekas dihantar. Aha.
------------------------------------------
Orang kata bila dua jantina berbeza yang cuba menzahirkan rasa suka-haruslah (noktah).
Patutlah dijarakkan segera!
''Kenapa?''
Takut hati dilayang-layang,
sebelum jauh lagi terbang melayang;
tertipu dengan bisikan syaitan.
''Kenapa perasan dengan perasaan?''
Jawapannya: Kalau benar engkau rasa dia suka, biar suka sekadar kawan; bukannya lokek masa ---------------direngang-renggangkan untuk temu dan sehabis bual-bicara. Aku anak muda, takut jiwa yang tak kental mudah jatuh dalam pujuk rayu dunia. Anak muda, bukan kerjanya dahulukan cinta jantina berbeza. Dahulukan Yang Maha Esa, Nabi dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan