Selasa, 25 Disember 2012

Tiada yang aneh.


''Aneh.''

Apa yang aneh, duhai rakan?

''Aneh, bila dengan dia engkau ber-awak saya, bila dengan aku, engkau ber-aku engkau!'' Membentak, kaki tidaklah dihentak hentak akannya tetapi seolah seolah minta penyepak.

Arghh. Kebarangkalian kasar bunyinya, tapi itu realiti, realiti hati yang ingin mematikan persoalan remeh temeh itu lagi.

''Lagi aneh, bila dengan si Lee May Chua pandai pula engkau bermanja dengan nama timang timangan mu!'' dan sambungnya lagi, ''Benci! Dasar pengampu!''

***
Ne nong ne nong ne nong ne nong.

Siren berbunyi bingit dan menyala tatkala nombor kecemasan usai di dail dan masuk panggilannya.
***
Tiada yang aneh. Tiada. Cuma keselesaan, tanda hormat; sesuai dgn jarak dan faktor usia juga dalam senarai sebab ''tiada yang aneh''. Akhir sekali, mungkin benar juga, aku aneh kerana tak bisa memanggil namamu awak dan menggantikan panggilan manja kita ''saya''. Haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan