Selasa, 22 Mei 2012

Lain jadinya

Rozy mengomel sendirian, ''Eh, engkau orang ni memang suka cari pasal dengan aku kan.'' Sekejap-sekejap dia sambung balik leteran sendiriannya itu. ''Lagi satu minah tu, aku tahulah engkau pangkat SPM atas sikit dari aku! Tapi kan, janganlah sampai nak buruk-burukakan aku sebegitu. Keji kau tahu! Keji!''

Mona yang dekat sebelahnya, pura-puralah dia. Buat-buat tak dengar.

''Haiss! Rozy! You apa bising-sing dekat sana! Kalau tak puas hati cakap dengan I!''

Ha, itu dia. Bos besar sudah dengar. Aku? Geleng-geleng kepala. Macam biasa, ayat keramat tu aku ulang, ''Bila aku nak berhenti ni? Bila? Cepat, jiwa dan raga tal tertahan dah ni!''

--------------------------------------------------

Petang semalam, aku dengar ganggang itu dianggkat lagi. Ya. Memang ada nada dering seperti kebiasaannya. Tapi yang lebih afdal dalam jam 9 pagi hingga 2 petang itu, dia sahajalah yang berhak angkat. Aku? Oh, belum mahir lagi untuk menjawab panggilan-terutamanya dari pusat-pusat kewangan terkemuka. Lain mereka kata, lain pula yang aku cerita. Itu bahaya! Jadi, selaku yang eblum mahir aku hanya biarkan deringan itu berlalu seketika, cuma sekejap-sekejap bila Rozy hilang entah ke mana, aku minta abang yang lunak suaranya itu menelefon semula.

Lunak? Haaa, itu cerita macam ini sebenarnya. Abang manis yang hanya aku kenal namanya, Daud. Dialah orang penting jua dalam syarikat perbankan itu. Acapkali jika syarikat tempat aku teduhkan naungan rezeki ini minta bantuannya. Orang atasankah? Eh! Bukan. Daud cuma pembantu. Kepada siapakah? Robert. Ketua besar tempat syarikat aku bekerja.

Tapi, penceritaan kali ini bukan berkenaan Daud. Berkenaan Rozy.

Semalam.

''Manny, esok I berhenti!'' Dia sambung lagi. ''Gaji, nanti keluar I datang semula okay.''

Aku terkedu sekejap-sekejap. Kalau ikutkan, dah lama dah aku dengar ura-ura Rozy nak berhenti. Bukan semalam lagi. Sebulan lepas masa aku mula-mula bekerja pun aku dah dengar khabar kurang molek daripada mulut Manny. Melawan itu bukan hal besar aku kira. Kadang-kadang kalau semua kerja orang kritik, kutuk segala bagai dengan alasan klise, ''Ini tak kena, itu tak kena! You nak kerja ke main-main?''

-------------------------------------------

Kring! Kring! Kring!

Dupdapdupdap.

''Hello, selamat pagi! Ya, ini Syarikat Persona Labeling! Boleh saya bantu?''

Ceit! Aku pula jadi telefonis. Rozy betul-betul dah berhenti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan