Khamis, 24 Mei 2012

Hati minta bicara

Aku adalah peminat dalam resah,
Dalam gundah lagi aku cuba gulanakan rasa marah.Oh. parah!
Malam yang rindukan kepayang, bencikan amaran sayang,
Masih marah dengan bayang; leka dengan janji nan seberang.

''Kalau kasih, kenapa tidak berselisih?''

Dia jawab;

''Sebab mahal tanda kasih aku letakkan pada atas.
Atas letaknya gunung,
lagi tinggi aku damparkan malu.
Malu pada-Mu Tuhan,
biar atas daripada segala kasih...

Biar malu itu perit seksanya,
ngilu menahannya,
Jangan.

Jangan rasa itu tinggi julangnya daripada-Nya Yang Maha Mencipta''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan