''Dua, tiga, satu per dua; entah engkau rasa betul tak apa yang aku cakapkan ni?''
Daus sambung lagi.
''Eh, macam semalam yang aku cakapkan tuuuu..''
Moksin berhenti. Dia tercengang. Berbisiklah dia dalam hatinya.
Daus cakap pasal apa ni? Arh, sudah jangan, jangan penyakit lama datang lagi!
***
Hari kedua
--------------
Sudut pandangan Daus berbeza, sungguh. Semalam dia terlihat kelibat Kay. Sekonyong konyong manusia yang bersesak di pentas ilmu itu; almaklumlah hari pertama keluar markah peperiksaan. Tak semena-mena itulah dia dapat merasakan; Ya! Kelibat Kay! Lampu spotlight menyala wey! Dia pandang aku wey!
Kiri dan kanannya sesak. Depan dan belakangnya penuh! Penuh manusia yang tak reti reti sabar. Jantan macho itu gaya yang cuba dia pamerkan. Rambutnya dirapikan, langkahnya segera dia deraskan.
****
Perkenalan *konon*
-------------------------
''Boleh saya bercakap?''
Kay melambai-lambaikan tangannya. Seperkara yang tidak dipelikkan, malah mungkin memecahkan kebuntuan ramai. Petang itu, suasana asalnya harmonis, namun entah tak terduga sesi tenang jadi tegang. Ya. Cuma satu topik sahaja dibincangkan bersama; Kemana Halatuju Mahasiswa Kita? Sidang yang asalnya berbincang, kewajaran mahasiswa berpolitik. Aneh, topik politik paling Daus anti. Anti untuk bincang hal hal demokrasi yang tak pasti masih kenal atau tidak kita, atau sebarang mudah kita hentam, semberono mengata itu berpaling tadah; ini berperang muda.
Tiba tiba Daus nampak sesuatu! Razif kelihatan tersenyum. Dia watak sampingan yang menghidupkan benak persoalan.
Eh, mamat ni kenal Kay? Dari tadi dia minta Kay beri ulasan. Hish! Hish!
Mencebik. Daus mencebik seorang diri. Arh,.baru 4 jam tolak 1 jam setengah dia kenal Kay. Apa kebendanya hendak dia rajukkan?
''Ehemm, pada pandangan sayaaaaa..''
Kay terus memulakan bicara sedari izinnya diterima ahli dewan.
Daus. Dia duduk dua dari belakang, terkebelakang namun kepala dipanjangkan. Tegak kepalanya, bersinar-sinar mukanya memberi sepenuh penumpuan.
*****
Pappp!
''Woi, Daus! Berangan kau!''
Aduh, terpisat pisat dia menahan perit. Sakit la wey!
''Haah, kau! Kenapa ditamparnya aku?!'' Kepala Daus bengang, haihh tengok! Kay sudah hilang dari pandangan!
Moksin tahu sindrom gabra Daus datang lagi, kemudiannya dia ketawa, mengilai-ngilai, kemain. Muka Daus? Ketat dan masam. Mencebik ala ala gadis manja. Mengada ngada.
******
Daus terkena sindrom akut pada perasaan. Kebiasaanya bilamana dia ternampak kelibat Kay, asal topik A dia lompat ke topik B. Ter-kemudian dia merapu seorang seorang. Melawan gabra katanya, cemas dia kelibat Kay!
Apakah itu? Adakah cinta?
''HAHA'' suara Moksin dan lain lain ketawa dibelakang.
Sadis Daus, alamat forever alone-lah dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan