wajah sedari Jun.
Dia tidak pernah faham;
tidak dan jangan pernah berkias,
kerana detik waktu yang peralihan itu sukar,
payah untuk yang sentiasa mendoakan sukar.
Kerana dia tidak pernah faham,
aku dijentik di telinga;
kerana aku tidak pernah faham,
maka hari ini habislah aduku,
tamatlah riwayat keluh kesahku.
Kerana aku tidak pernah cuba faham,
maka menjauhlah mereka;
mengatakan egonya aku persis merak yang riak.
Kerana mereka tidak pernah faham,
tidak fahamku bukan makna tidak,
tapi maksud faham itu tidak dizahirkan,
namun didoakan.
Semoga kalian faham.
p/s: Mendoakan. Semoga dikau berubah, kita masih bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan