Ahad, 22 Julai 2012

Malam yang panjang

Firman Allah:

''Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikian ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui''
(Yasin : 38)

Rasulallah bersabda:

''Sesungguhnya tanda kiamat yang mula-mula sekali ialah matahari terbit dari tempat terbenamnya.'' 


      Setelah wafatnya Nabi Isa a.s, adanya manusia ketika itu yang bertahan dalam keadaan taat dan adanya juga yang berbuat maksiat, ada masih kukuh iman mereka, diteguhkan simpulan hati akan erti taubat dan penyesalan serta ada juga yang kembali mengerjakan maksiat. Hal ini kerana keadaan manusia ketika itu ada yang tidak mengira untung baik dan rugi lagi. Padahal pada masa itu telah pun terjadi tanda-tanda besar berlakunya kiamat yakni munculnya Imam Mahdi, Dajjal, Yakjuj dan Makjud dan turunnya Nabi Isa a.s.

     Tidak lama setelah itu terjadinya suatu bentuk perubahan ketara dan tidak pernah lagi terjadi dalam seumur dunia. Alam bahagian atas (langit) berubah strukturnya. Tiada siapa yang menyangka, perubahan yang dimaksudkan adalah terjadinya suatu keadaan bilamana malam terasa amat panjang. Panjang malam itu memungkinkan terasa seolah-olah dua tiga malam kali panjang malam daripada kebiasaan. Ini fenomena yang dijanjikan, ini fenomena yang luar biasa; dan menunjukkan akan janji-Nya.

      Dalam keadaan malam yang tidak pernah diketahui umum akan masanya itu, manusia yang tidur ada yang terbangun; sudah beberapa kali bangun mereka. Ada yang bertugas malam terasa penat tetapi melihat hari masih lagi gelap. Orang yang meresa sudah puas tidur, bahkan sudah terasa penat kerana ikutkan ya, sudah cukup tidur mereka akan tetapi bila dijenguk ke luar hari masih lagi gelap.

Yang paling cepat menyedari akan waktu malam cukup panjang daripada kebiasaannya;

    Orang yang kebiasaan bangkit pada dua per tiga malam dan orang yang sentiasa bangun untuk mengerjakan Solat Subuh awal pada hari itu juga jadi penasaran. Hal ini kerana, golongan pertaman ini berasakan dia sudah cukup solatnya, merasakan sudah cukup mengerjakan amalan solat tetapi waktu subuh belum juga muncul. Kemudiannya, apabila dilihat akan keadaan ini, tidurlah dia diperbaringan, menyambung tidurnya lagi. Dia terbangun! Sama lagi keadaannya, fajar Subuh yang dinanti belum muncul jua.

   Ramai juga yang berasa hairan hinggakan ada yang bertanya kepada jirannya. Orang yang sudah pergi ke masjid untuk berjemaah bersama-sama teman di sana pun telah berjumpa dengan teman-teman, namun Subuh masih belum masuk jua. Malah, orang yang sudah penat tidur masing-masing keluar rumah, mereka saling bercerita dan bertanya di halaman rumah dan di jalan-jalan. Mereka hairan mengapa hari masih gelap walhal secara sedar atau tidak malam yang panjang ini dirasai seluruh dunia.

''Matahari muncul!''



      Fajar pun mula menampakkan menyinsing. Hati yang gelisah sudah mula beransur pulih. Langit itu cerah jadinya, sinar etrangnya. Ayam mula berkokok, bersahut-sahutan lalu burung-burung pun seperti acapkali rutin harian mereka, bernyanyi-nyayi dan berkicauan di dahan-dahan pokok.

     Orang yang sudah penat tidur, bangun dengan gembira untuk menghirup pagi udara yang cukup segar. Mereka berbondong-bondongan keluar rumah dan  di jalan-jalan. Masakan tidak, sinar pagi itu sudah cukup menghilangkan rasa resah san gelisah mereka, cukup nikmat pagi itu, rasa mereka.

Akan tetapi.

     Pagi itu mereka dikejutkan lagi, ada berita luar biasa yang mereja hadapi. Tidak pernah! Tidak pernah sekali terjadi berlaku dalam mana-mana sejarah dunia. Hari itu sejarah-Nya. Dunia dihebohkan. Yang jahil, kafir dan mana-mana sebelum ini tahu akan bakal terjadinya Hari Penghabisan menangislah mereka. Mengakuilah mereka. Mereka percaya sebenarnya kiamat terjadi dengan tiba-tiba. Bahkan Dia Yang Maha Esa telah pun mengeluarkan firman-Nya lama, dalam mengingati makhluk ciptaannya. 

Hari itu matahari terbit dibelah barat,
Hari tu matahari terbit dari etmpat terbenamnya,
Hari itu yang kafir memeluk Islam,
Hari itu, semua manusia beriman kepada Allah S.W.T,
Dan pada hari itu, yang beriman pun akan menangis bertaubat kepada Allah.

Hari itu,
Tiada yang peduli akan hal dunia,
Ada yang terkatup dua giginya, tergamamlah dia,
Dipedulikan urusan dunia,
Bermunajat kepada Allah.

Dari Shafwan bin Asal: ''Saya mendengar Rasulallah S.A.W bersabda.''

''Sesungguhnya Allah membuka pintu arah maghrib (tempat terbenam), yang panjangnya tujuh puluh tahun perjalanan, yakni pintu taubat. Allah tidak menutup pintu itu sehingga matahari terbit daripadanya.''
(H.R. Tarmizi)

Sesiapa yang beriman sebelum ufuk barat terbit maka beruntunglah dia, sedangkan orang yang beriman hanya selepas terbitnya mentari barat, sudah tidak berguna lagi keimanannya. Saat itu, sudah berakhir masa hidayah dan nur dan digantikan pula dengan Hari Akhirat. Ynag baik amalannya, yang beriman akan dikira amalannya supaya dapat diberikan ganjaran yang sesuai dengan pengamalan mereka. Kendatipun begitu, bagi yang belum pernah melahirkan keimanan atau tahu akan keimanan serta perihal Islam maka apalah gunanya tangisan mereka kerana ;ama sudah manusia telah diingatkan...

Firman Allah:

''Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat, iaitu kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang.''
(Muhammad : 18)

---------------------------------------------------------------
Hasil karya di atas, dipetik daripada buku berjudul Tanda-tanda Kiamat, karya Lily Marbuk (Al-Hidayah). Sejujurnya, buku ini cukup menyedarkan aku akan dengan penceritaan bermula dengan pokok asas pengertian kiamat dan penceritaan yang aku kira baik dari segi dakwahnya dengan sususan jalur cerita mana yang menunjukkan keadaan hari kiamat itu berserta hadis dan firman Allah s.w.t. 

p/s : Kepada sahabat adikku (yang tidak ku tahu namanya), terima-kasih kerana sudi pinjamkan buku ini. Syabas kepada penulis, semoga ramai yang memiliki buku ini, sebagai ingatan kita semula. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan