Sabtu, 23 Jun 2012

Derap kaki

Lokasi: Di sekitar Jalan Mahmud Kelana, area terpencil antara dua jalan utama kota raya. Maaf aku tidak dapat memberitahu lokasi tepatnya. Ada dua tiga meja kecil dekat warung Pak Hameed Nastaja itu. Penuh dengan pelanggan yang sama. Hari hari sama. Kalau bukan aku, Ahmad, Doni, Siva ataupun Jaili, pekerja kontrak dari Malang. Begini.



Semalam aku diberikan kertas,
terus dia menanya,
''Kau tahu ini apa?''

Dongak sedikit ke atas, kira kira sejenak atau sepuluh saat kemudian aku jawab.

''Kau aneh, jujur aku kata. Kertas dan pen.'' Sambung lagi, nada sinis sengaja aku tekankan. ''Maaf, aku tidak main dengan lawak picisan.'' Berlalu.

Dua tiga derap langkah aku sengaja acah. Takut takut kalau dia ingin membalas semacam kebiasaanya.
......................................................................
Sunyi dan sepi. Aneh!

Esoknya.

Selepas detik dua petang berlalu-kelibatnya lagi muncul. Kali ini tidak aku rasa aneh, sudah jangka macam kebiasaannya.

''Ini apa?''

Haish. Tangan kanan sudah aku genggam kemas kemas. Tunggu masa untuk diberi tumbukan padu. Ya, padu mukanya. Buat mukalah aku, dia tetap tercegat di situ.

''Kau kena jawab soalan aku!''

Aik? Anak muda ini cuba gertak. Konon dia fikir aku takut. Hahahaha. Galak aku berdekah-dekah, tanpa segan silu aku ikut pamer semula aksi si dia-dengan begitu bersahaja.
-----------------------------------------------
''Kau penipu! Pendusta besar belaka! Pandai putar belit cerita! Janjimu palsu! Benci aku! Benci!''

Pang!

Gedebuk si dia, dramatik sungguh gayanya ala ala pelakon idolanya Angelina Jolie versi Malaya. Dengan rembesan air mata yang keluar pada dua mata dan hingusannya. Teresot-esot dan terhenjut-henjut. Pilu benar pemilik nama Amina Ruslan (bukan nama sebenar) itu.

Tiba-tiba.

CUT!

Aku suruh engkau orang menangis, bercakaran! Bukan melankolik sedemian rupa! Sambung balik! Ini drama kena ala ala senetron kau tahu! Senetron! Bukan Bersamamu!
----------------------------------------------

Eh! Kami berpandangan, dua kali toleh dan ini klimaksnya. Setuju. Mara hadapan, badan dibengkok siap sedia untuk meminta ampun dan maaf. ''Maaf bos, kami akan cuba ulang watak kami''.

PANG!

Dua das kiri dan kanan.

Dialog maaf sudah tidak bermakna lagi. Angkat kaki dan jalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan