Jumaat, 11 Mac 2011

Amirah tak berniat nak gelakkan dia. MAAF.

Hari ni saya ketawakan dia lagi. Sampai merah-merah muka tahan ketawa. kikiki. Kejam. Amirah kejam.

Kelmarin pun sama. Saya masih ingat bila kali pertamanya saya ketawakan dia. Siapa dia? Dia itu Ming Hong *bukan nama sebenar~ Saya pandang muka dia curik-curik *almaklumlah penyegan namanya *,*
Dia baik orangnya, lurus, apabila kena marah dia diam! Kadang-kadang rasa kasihan sekali dengan dia. Selalu bebenar dia dimarah dan ditegur. Kenapa? Sebab baru kelmarin juga saya tahu :

Amirah : Akak *kakak yang duduk sebelah meja dengan Amirah di kuanter 1 & 2 ~ Kesian diakan? Min

              Hong tuh. Tengok tuh, bukan salah dia tapi dasyat noh kena marah. Kalau kita la, dah nangis dah.

Akak : Ohhhh..biasalah tuh. Lagipun dia memang mengong-mengong sikit..kikiki. Kalau nak tahu dia tu
            OKU sebenarnya!

Apa !

Patut la..patut la. Amirah rasa pelik bila ada suatu masa tu Ming Hong tanya sama kakak sebelah Amirah tu :

Ming Hong : Akak, 30 tambah sama 60 berapa dapat? *Bila dah dapat jawapan daripada mulut kakak   
                    tu dia terus ambil mesin kira-kira tekan kembali jawapan yang diingini.

Pelik. Itu reaksi pertama daripada aku. Dia nampak normal, macam budak pandai *sebab saya pernah nampak dia cakap Omputih dengan pasangan Orang Putih yang beli motor masa hari pertama saya bekerja. Ming Hong slow learner. Oh, baru saya tahu ! Semalam dia buat lawak. Tapi lawak dia tak menjadi jadi saya dengan rasa kelakarnya gelak sama dia lama-lama dengan kakak kat sebelah tuh. Saya gelak bukan sebab kelakar, saya gelak sebab kelakar dengan gelagat dia yang cuba-cuba nak melawak tapi tak menjadi. Bila lama-lama gelak, terdetik hati *Astaghfirullahalazim ! Salah ni perbuatan aku! Ya Allah.

Tapi hari ini saya gelakkan dia lagi! *Hish, Amirah ni! Tak baik tahu tak? Kata dah janji tak nak gelakkan dia lagi? MAAF ya! Maaf ya Ming Hong =___=  Amirah tergelak lagi sebab Amirah rasa terhibur *ceh, ayat cover~ Tadi dia ulang lagi perangai yang sama. Tugas dia hari-hari terangkan dekat customer pasal barang-barang free give.. Ntah! Tak paham sangat dengan penjelasan dia.hihi. Customer selalu garu-garu kepala bila dia cakap. Ming Hong bila bercakap dia BERSEMANGAT! Tapi sayang, mereka kurang paham dan sebab itulah Amirah tertawa lagi. Kikiki. Maaf ya Ming Hong! Esok lusa tak gelakkan lagi. Hoho.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan