Jumaat, 11 Mac 2011

Amirah kurang setuju (noktah)



YA !

Amirah kurang setuju apabila kita sentiasa perasan bagus sedangkan hakikatnya sekeliling orang dok pandang kita perasan bagus.

~Kenapa?

Hampir setiap hari *kadang-kadang berselang hari, pagi nirmala di Kedai Motor tempat Amirah bekerja *dekat Balakong, Seri Kembangan acapkali diterjah dengan umat manusia yang kurang penyabar.

~Kurang sabar macam mana? +______+

Kurang sabar yang macam ni :

Ragam manusia 1

*Amoi ! Kenapa U tarik mator I? Main tarik sahaja bila saya takde kat rumah?!  .....bla..bla..bla...*ayat-ayat yang cukup membingitkan telinga aku di pagi hari tahu tak wei! haha

~sambungan * Memang lah I tak bayar itu 5 bulan punya payment..tapi I punya anak yang pakai motor tuh! .....bla..bla..bla...*cakap tak serupa bikin! ceyt! sendiri tak bayar marah-marah orang. haha

~setelah 1 jam * Okey, I boleh bayar la semua tuh ! Berapa semua? * sambil dengan berasa dirinya seperti VVIP buka dompet...oppps!...purse la..baru glamour..haha. Amoi di kuanter bayaran yang penuh sabar yang tak berapa nak sabar dengan gelagat customer tu pon berkata-kata *dengan selamba :

* Okey, U kena bayar kesemuanya RM900++...bayaran tertunggak 5 bulan RM500 lebih campur RM300 cas tarik motor *hamboih, aok ingat tarik motor free off charge meyh? haha. Last but not least..cas selebihnya untuk bunga sebab siapa suruh tak bayar meyh?

Kehkehkeh

Orang itu. Orang itu TERDIAM dia seribu bahasa. Amirah gelak tak henti-henti. Bhahahahahahahahaha. Gelak kat tempat sendiri tanpa suara di dengari. *Saya budak baru eh. Tak berani nak lebih-lebih. Ikutkan hati, meh la lawan bahas dengan koi. Uit. Cantik budi bahasa nak marah-marah boss orang! Uittttttttttt.

~ Rasionalnya?

Saya malu dengan orang itu kerana dia sebangsa dengan saya, seagama dengan kita-kita tapi kelakunya tak berkenan di mata saya meyh. Saya rasa sedih dan kecewa kerana dia seorang wanita seperti saya *walaupun tak la sewanita berkerjaya dan matang macam dia.haha. Tambahan pula, orang itu melepaskan amarahnya pada seorang wanita yang juga bergelar ibu, isteri dan pekerja dalam masa yang sama!

JANGAN. jangan marah dia. Jangan marah boss saya !

p/s : Sebelum pulang, dengan muka tebal dan rasa serba salah *kerana takut dianggap sama. Ya! Takut dianggap bangsa saya sama sahaja semuanya..kurang penyabar~ Saya cakap : Boss lain kali kalau ada orang datang marah-marah macam tadi, boleh saya marah dia balik? hehehe. Keputusannya? Boss kasi lampu hijau..yeah!









2 ulasan: